18
Jul

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN

 

Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.

Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.

Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.

Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.

Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.

Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.

Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau ‘milestone’ dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.

Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.

PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.

Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.

Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya!

Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.

Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut?

PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.

PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu?

Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak?

Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut?

Bak kata pepatah, PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi; mengata orang itu dan ini, tidak betul, tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.

Beruang Biru

Ada 9 Comments setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    July 18th, 2012 at 2:01 PM

    Bila kita berpegang pada satu hakikat kekal bahawa apa yang kerajaan buat semua tak betul dan wajib ditentang, semua benda baik yang kerajaan beri adalah haram, maka demonstrasi menentang serupa ini oleh puak pas bukan sesuatu yang memelikkan kita.

    Yang memelikkan kita pas sentiasa punyai semangat kental, tenaga yang kuat untuk membesarkan apa jua issue dan menentang secara berterusan. Yang lebih memelikkan lagi ialah bila apa yang mereka tentang dari satu sudut, mereka sokong dari sudut yang lain dengan membeli saham yang dikatakan merugikan semua orang. Setelah menukar istilah dan terminology mereka beli dan berbahgia dengan laba berganda yang mereka perolihi.

    Sama saperti setelah mengharamkan mulut mereka telan binatang sembelihan Umno, apabila mereka diberi daging 3 kilo, 1 kilo dibuat rendang, satu kilo dimasak sup dan selebihnya disalai makan anak bini sampai terberak kekeyangan. Apabila ditanya mereka akan mudah menjawab ” sejak bila pulak daging lembu yang disemblelih mengikiut syarak itu haram ? Haram dari teknikalnya tapi daging ini sedap dimakan.”

    Itulah pas yang kita kenali. Kecuali ada dalil lain yang cacai boleh beri pada aku untuk mengenali apa itu pas, aku tetap alukan.

  • ahmad_albab
    July 18th, 2012 at 3:16 PM

    Muka tembok mcm PAS ni mana reti malu

    taik orang pun dia boleh makan apala sangat ngn kunyah taik sendiri

  • bangKano
    July 18th, 2012 at 9:08 PM

    La ni harga sawit di pasaran global dah jatuh teruk. Kalo kat Singapore Exchange harga saham sawit dulu – Wilmar International F34 mencecah S$7.10 sesaham ta pi la ni tinggai S$3.60 jerrr….!!!!

  • aziz pukimak
    July 18th, 2012 at 9:15 PM

    kan dah kata, PAS parti pukimak.

  • siong
    July 23rd, 2012 at 2:28 PM

    tulis la apa pun !!!! depa bukan nak baca di blog ni!!

  • bencimunafik
    August 27th, 2012 at 10:20 AM

    aku dah kata..otak bangang mereka bukan boleh dibetulkan pun..

  • apadahjadi
    August 27th, 2012 at 10:28 AM

    saham bapak si bangngangkano ni naik jer tak turun2..

  • apadahjadi
    August 27th, 2012 at 10:28 AM

    saham si bangkano ni naik jer tak turun2..

  • Luluh Press
    September 4th, 2012 at 10:15 AM

    Kalau PAS semua benda jadi Halal walaupun dalam Al Quran menyatakan ianya Haram. Tahniahlah pada mereka ini, kuncu – kuncu DAP dan PKR.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.