MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

A. Kadir Jasin @ Kunta Kinte Tokoh Wartawan Negara 2011

Oleh Ab Jalil Backer

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press, Datuk A. Kadir Jasin telah diplih sebagai Tokoh Wartawan Negara ke-9 selepas Tan Sri A. Samad Ismail; diikuti oleh Tan Sri Lee Siew Yee, Datuk Ishak Haji Mohamad atau Pak Sako, Tun Mohamad Fuad Stephens, Tan Sri Melan Abdullah, Tan Sri Mazlan Nordin, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk C.C Liew.

Pemilihan Datuk A. Kadir Jasin sebagai Tokoh Wartawan Negara ke -9 diumumkan oleh Institut Akhbar Malaysia dalam satu majlis yang di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Royale Damansara semalam.


Dilahirkan di Pendang, Kedah pada 23 Ogos 1947, Kadir memulakan kerjaya sebagai wartawan kadet di BERNAMA pada Jun 1969 -tahun yang penuh huru-hara. Ketika itu negara baru sahaja melalui tragedi 13 Mei yang menyaksikan pertumpahan darah antara kaum. Mungkin titik permulaan ini yang menjadikan Kadir seorang wartawan besar kemudiannya.

Membincangkan kekuatan dan ketrampilan Kadir Jasin sebagai tokoh wartawan tidak mungkin lengkap tanpa menyatakan beliaulah penulis pojok terkenal bernama Kunta Kinte yang menulis dalam Beita Harian 1987-1993. Pada ketika zaman kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kunta Kinte merupakan satu-satunya berani menegur Timbalan Perdana Menteri tersebut. Akibatnya pada tahun 1993, kolum Kunta Kinte beliau ditamatkan sungguhpun beliau masih kekal sebagai Ketua Pengarang NST.

Menulis dalam kompilasi buku “Biar Putih Tulang…” Kadir secara jelas menyatakan, “tidak segan silu saya nyatakan bahawa saya pasti terus menulis ruangan ini seandainya tidak diarahkan memberhentikannya walaupun tiada sebarang sebab diberikan.”

Gaya penulisan Kadir yang bersahaja dan berterus-terang menjadikan beliau sebagai seorang pencerita yang sangat menakjubkan ketika zaman kegemilanngan.

Tan Sri A. Samad Ismail pernah menulis bahawa Kunta Kinte @ Kadir Jasin bukan sahaja tegas dan keras mengkritik tetapi juga sangat adil. Suatu ketika beliau membelasah Lim Guan Eng, tetapi apabila Guan Eng digantung keanggotaan Dewan Rakyat selama setahun, beliau mengkritik penganggantungan tersebut sebagai terlalu berat. Ketika beliau mengecam Tunku Abdul Rahman kerana perbezaan pandangan, beliau juga membelasah kerajaan apabila terlalu lambat meluluskan permohonan rawatan Tunku Abdul Rahman ke luar negara.

Kehebatan Kadir ialah kebolehan beliau menulis dalam bahasa yang mudah dan padat seolah-olah dia sedang bercakap dan berbual-bual dengan orang kampung tetapi dalam masa yang sama menyampaikan buah fikiran yang besar mengenai ekonomi, sosial dan politik negara.

Dalam ucapan penganugerahan ini, Ketua Panel Pemilih, Professor Dr. Ahmad Murad Merican, dari Universiti Teknologi PETRONAS antara lain menyatakan,

“Sejak tahun 1969, Datuk Kadir telah menulis untuk hampir semua genre kewartawanan dari berita dan rencana, komentar dan lidah pengarang, ulasan dan kritikan, blog dan buku. Datuk Kadir ialah satu-satunya nama besar dalam kewartawanan dwi bahasa di Malaysia.

Datuk Kadir telah melalui pelbagai era perubahan sosial, kepimpinan dan politik negara. Beliau adalah pencatat dan perakam zaman yang setia dan dipercayai.

Malah, beliau adalah seorang daripada yang tidak ramai yang masih gigih dan aktif memberikan sumbangan penulisan yang bertenaga dan semasa kepada pembaca.

Datuk Kadir adalah tukang cerita yang cemerlang dan terbilang. Dalam era media baru, Datuk Kadir melalui ‘The Scribe’ merupakan wartawan yang unggul. Blog tersebut memperlihatkan kesedaran akan peranan beliau dalam pembinaan masyarakat dan negara bangsa. Suara ‘Kunta Kinte’ terus berkumandang dalam ruang siber. Beliau merupakan salah seorang peneroka penulisan blog di Malaysia.

Dengan kata lain, Kadir Jasin adalah satu-satunya Tokoh Wartawan Negara yang bukan sahaja mewakili generasi lama wartawan besar tetapi juga mewakili kewartawanan siber yang baru bertapak di negara ini.

Prof Ahmad Murad turut memetik penjelasan MYKMU beberapa tahun lalu bagi menggambarkan kekuatan pengaruh penulisan Kadir Jasin sebagai penulis,

Dalam hal ini saya terpanggil untuk menyatakan satu contoh pengaruh Datuk Kadir kepada masyarakat awam melalui kolum Kunta Kinte. Tidak lama dulu terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama ‘Kunta Kinte.’

Penulis laman ‘Kunta Kinte Malaysia’ (bukan Datuk Kadir) menjelaskan bahawa beliau menggunakan nama tersebut bagi membezakannya dengan nama pena ‘Kunta Kinte’ yang asal. Nama samaran tersebut digunakan oleh Datuk Kadir semasa beliau menerajui Berita Harian antara tahun 1987 hingga 1995.

Penulis ‘Kunta Kinte’ tiruan itu mengaku bahawa beliau adalah “antara anak muda yang ‘membesar’ dalam pemikiran dan pemahaman ke atas masyarakat melalui pandangan alam ‘Kunta Kinte’ (Kadir Jasin).” Dari catatan itu kita dapati bahawa Datuk Kadir amat berpengaruh:

Nostalgiknya gelaran abdi ini kerana ia digunakan oleh kolumnis yang cukup mempengaruhi penulis ketika sekolah, biar pun tidak mengetahui siapa sebenarnya di sebalik nama ‘Kunta Kinte’ di Berita Harian.

Kalau ditanya siapa guru atau mentor paling berpengaruh dalam hidup penulis, nescaya ‘Kunta Kinte’ di Berita Harian itulah guru dan mentor terbaik penulis, biarpun beliau tidak pernah menjadi guru atau mentor penulis secara langsung

Kenyataan ini sebenarnya dipetik daripada tulisan kolumnis portal ini pada tahun 2003 -Kunta Kinte Malaysia Bukan Datuk A. Kadir Jasin

Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada A. Kadir Jasin bukan sahaja melengkapkan perjalanan kerjaya beliau sebagai wartawan tetapi juga merupakan pelengkap kepada tokoh-tokoh wartawan Melayu yang memenangi anugerah ini sebelum ini. Kadir mungkin merupakan pemenang terakhir anugerah ini yang mempunyai hubungan langsung dengan nama besar kewartawanan Negara – Pak Sako dan Pak Melan Abdullah.

Tahniah Datuk Kadir!


Posted by KuntaKinte Malaysia on July 17th, 2012 :: Filed under RENCANA,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

45 Responses to “A. Kadir Jasin @ Kunta Kinte Tokoh Wartawan Negara 2011”

  1. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Kalau wartawan yg memperjuangkan Islam ni kjaan BN acknowledge ka???

    Sudahlah haprak… Kalau wartawan rajin bodek, leh jadi menteri macam si Maidin tu…

  2. tengkudin
    July 17th, 2012

    tahniah Datuk Kadir! teruskan menulis berilmiah..bukan cam pak janggut tu…dah tua tua pun tak sedo diri..

  3. kembangsemangkuk
    July 17th, 2012

    nak cakap Islam? Hang buat nick pun dengan tujuan nak hina orang lain. Apa hang rasa tuhan ni bodoh macam hadi awangka?

  4. baba
    July 17th, 2012

    kalau nak banding datuk kadir jasin dgn nik aziz, nik aziz ni mcm selipar yg kadir jasin pakai saja..

    tahniah datuk. semoga terus menyumbangkan tulisan2 baik kpd rakyat malaysia.

  5. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    La…umno bukan ka parti yg dok buat video seks??

  6. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Ikut mengampu tu memang la konsep umno…

  7. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Hari ini Government dah gazzette Full withdrawal of EPF Money would be at the age of 60.

    Nampak sgt kjaan tak dak duit …nak bayaq kat EPF.

  8. yon76er
    July 17th, 2012

    Kesian dgn LEMBU2 BODOH mcm siMoooo..

  9. yon76er
    July 17th, 2012

    Pak Janggut BoyFriend si Ambiga tuu ker????..mana blh pakai dah..kepala dah berserabut mcm rambut dan janggut dia tuu..

  10. sempoi
    July 17th, 2012

    Pelakon porno tu sapa pualk..hehe..kan bos ko tu moo

  11. sempoi
    July 17th, 2012

    mcmna nak menjana ekonomi negara dgn ‘negara berkebajikan’ tu ye moo

  12. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Pelakon tu sah-sah org umno. Pengarah dia pun org umno..

  13. Anak Lenggong
    July 17th, 2012

    Keluar tajuk kejap untuk memperlihatkan betapa BODOH nya pemimpin PAS..ialah mantan penjaga setor jee..

    Mahfuz tak sudah-sudah menyalahkan UMNO dalam segala kesilapan yang dilakukan oleh Pas. Malah dalam hal pembelian saham FGVH oleh PKNK kali ni pun, Mahfuz tetap menyalahkan UMNO. Katanya kakitangan PKNK tu orang UMNO dan mereka sudah biasa dengan sikap macam tu.

    Apa masalah dengan Mahfuz ni? Takkan PKNK nak beli saham yang harganya jutaan ringgit dan ianya tidak diketahui langsung oleh ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh Ustaz Azizan? Macam tak logik saja pun. tapi itulah yang dicakapkan oleh Mahfuz. Bangang sungguh rasanya si Mahfuz ni..

    KUALA LUMPUR – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

    Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

    “Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

    “Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

  14. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Takkan nak reveal kat org BN.

    anyway kjaan dah pinjam RM160 BILLION plus kat EPF. Tak der duit nak bayar ler tu…

  15. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Penjualan Saham FGVH ialah kerana dah record profit. Nak tunggu apa – jual je.Itu dari perspektif pemegang saham.

    Tapi dari perspektif peneroka adalah berbeza, dilution in interest should be fairly compensated. itu lah isunya.

  16. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    statement org bodod dan tak tahu apa2 macam ni ler…

  17. Moohyideeeeen
    July 17th, 2012

    Dari perspektif pemegang saham, bila share dah record profit, jual saje.Nak tunggu apa lagi..

    Tapi dari perspektif peneroka Felda pula berbeza. Dilution in interest dan not fairly compensated on on the dilution matter.

  18. bujuk
    July 17th, 2012

    Tahniah A.Kadir Jasin..
    Walaupun ada perkara yg. aku tak setuju dengan dia, tapi aku respek dia sebagai wartawan yg. ada pendirian. Beliau telus dan tegurannya membina, cuma agak tebal semangat melayunya. Dia jauh….h lebih baik dari ZAM yg. kaki spin dan takdak pendirian.

  19. dolly
    July 17th, 2012

    AKU PUN SETUJU YANG A.KADIR JASIN ADALAH WARTAWAN YANG CEMERLANG..TAPI AKU TAK SETUJU NGAN STATEMENT KO BUJUK YANG BERBUNYI’cuma agak tebal semangat melayunya.’CUBA KO BACA BETUL2 BUJUK..’Tan Sri A. Samad Ismail pernah menulis bahawa Kunta Kinte @ Kadir Jasin bukan sahaja tegas dan keras mengkritik tetapi juga sangat adil. Suatu ketika beliau membelasah Lim Guan Eng, tetapi apabila Guan Eng digantung keanggotaan Dewan Rakyat selama setahun, beliau mengkritik penganggantungan tersebut sebagai terlalu berat.’…BACA LA BETUL2 BODOH..PASAL APE KO NI ANTI MELAYU SANGAT WAHAI BUJUK YANG MAHA BODOH..

  20. StinGray
    July 17th, 2012

    bujuk ni khawarij PAS totok…mana ada nilai bangsa dlm hidup dia…..dlm I.C berok sekoq ni, bangsa apa la yg tercatat agaknya??…bangsa ‘PAS’ agaknya….Agama PAS, Bangsa PAS, Tuhan PAS, Nabi PAS, hudud PAS…bahalul punya cai PAS…

  21. raplahjingaa
    July 17th, 2012

    Habeh yang hang dengki sangat tu pasal apa moooo ? hang ni moooo kalau hidup tak berdengki sesama islam hang tidur tak lena…kesiann

  22. raplahjingaa
    July 17th, 2012

    tu la jer hang boleh cakap moooo…hati dah sakit sangat…dah la moooo, hang tinggalkan la saja perjuangan munafik PAS tu..maih kita sama-sama berjuang dalam UMNO !

  23. bujuk
    July 17th, 2012

    Itu tanda perihatin Kadir Jasin dalam isu kemanusiaan. Sebab tu lah aku respek dia. Aku tak kata dia perkauman..
    Pada aku dua perkara berbeza tebal semangat melayu dengan perkauman. Aku juga tebal semangat melayu, tapi semangat Islam aku lebih tebal dari melayu, InsyaAllah.

  24. raplahjingaa
    July 17th, 2012

    Depa nak jana macam mana lagi….depa nanti jual apa yang depa boleh jual…BN bina pakatan haram akan jual…dah berlaku banyak dah..

  25. selamber
    July 17th, 2012

    hehe..pelakon porno pun dibelanya..dah tu pedengki pulak..hehe kesian cai2 porno ni..moo..moo

  26. selamber
    July 17th, 2012

    betul tu moo..buka la minda..kembali la ke pangkal jalan..PAS dah semakin BATHIL..UBAHLA aura negatif yg ada pada diri ko tu kepada yg positif..kita sokong UMNO !

  27. selamber
    July 17th, 2012

    BODOH2 pun PKNK dah buat untung dgn pembelian saham FGVH tu..ko asik meroyan tak tentu arah apa ko dapat..hehe..ko lg BODOH

  28. PASpartyNGOK
    July 17th, 2012

    Kadir Jasin memang bakal menteri. Tepat sekali. Dan kita semua sokong perlantikan Kadir dilantik jadi senator sebelum jadi menteri penuh.

    Kadir jujur dan ikhlas , tidak berbohong jauh sekali meliwat.

  29. PASpartyNGOK
    July 17th, 2012

    Kerana ketebalan itu anda jadi penyokong pas, macam tu. Alangkah nipisnya kefahaman begini, kerana pas sebuah pertubuhan sesat lagi menyesatkan.

  30. raplahjingaa
    July 17th, 2012

    mooo…mooooo…hang telan je la moooo, lagi bolih…nak buat macam mana rakyaat tak sokong hangpa.

  31. raplahjingaa
    July 17th, 2012

    Betul ke semangat Islam hang tebal bujuk ?…kalau tebal macamana hang boleh bersekongkol dengan musuh Islam, PAS ??

    hang ni bujuk macam buih !!

  32. bujuk
    July 18th, 2012

    Betulkan sikit… aku penyokong Islam. Maksud aku kalau PAS lari dari landasan Islam, kami berpisah.

  33. bujuk
    July 18th, 2012

    Lebih tebal dari semangat melayu… InsyaAllah.

  34. bujuk
    July 18th, 2012

    Aku baca blog K.jasin, banyak yg. beliau titipkan untuk rakyat m’sia yg. inginkan kebenaran. hebat perjalanan hidup beliau yg. banyak pengalaman. Dalam banyak2 PM, aku nilaikan dia hanya respek Tunku dan Tun Razak yg. hidup d padang dan bukan seperti pemimpin sekarang, terpaksa buat majlis turun padang. Tiada keistimewaan PM era tunM hingga DS Najib kerana tiada satupun yg. d tonjolkan. Beliau nampaknya menulis apa yg. ada d hati rakyat m’sia.

  35. dolly
    July 18th, 2012

    dah ko sebut ‘melayu’ u maksudnye kaum la bodoh..ko ni budoh tul..tak tau beza kaum n agama…jahanam ko bujuk

  36. bujuk
    July 18th, 2012

    Kaum bukan perkauman.. perkauman tu maksudnya hanya kaum dia yg. betul, baik, sempurna dan layak dapat pelbagai peruntukan dan sebagainya. Sedangkan kaum bolehlah juga d katakan bangsa yg. mana kamu tak mampu nak ubah/ tentukan kamu lahir dalam bangsa mana.

  37. dolly
    July 18th, 2012

    dah ko kata ‘semangat melayu.’..maksudnya perkauman lah bjuk..ishhh ape bodoh sangat ko ni…cume tambah per n an…ko ni putar belit alam la bujuk…jahanam tul ko ni..tapi ko memang cilaka bujuk…ko mengaku ko melayu kan…ko memang murtad segala segi…nauzubillah…’ALLAH DAMMAR BUJUK’..AMINN…YA ALLAH,KO HANCURKAN SI BUJUK DURJANA MUSUH ISLAM YANG NYATA…

  38. bujuk
    July 18th, 2012

    Taktaulah.. hang belajar mana. Aku belajar, orang melayu mesti ada semangat melayu.. maknanya cakap melayu, kehidupan melayu seperti makanan, pakaian, rumah, pekerjaan. Benda ni bukan perkauman tapi kehidupan. Orang melayu yg. takda semangat melayu, hari2 pakai kot, makan kfc dan pizza, tinggal d kondo dan cakap pelat orang putih, nama kalau Khadijah dah jadi Catty. Itu contoh orang takda semangat melayu. Orang yg. ada semangat melayu Namanya mamat, biasanya pakai baju melayu dan kain pelekat, makan nasi gulai tempoyak ikan patin, tinggal d rumah kampung tepi sungai.
    Harap hang dapat bezakan semangat melayu dan semangat perkauman.

  39. bujuk
    July 18th, 2012

    Agak2 nama StinGray ni nama melayu ka? hang ni macam UMNO jugak, nak perjuangkan melayu tapi nama pun bahasa orang putih.

  40. kembangsemangkuk
    July 19th, 2012

    tak betul. Cuba baca tulisan2 beliau dalam akhbar sebelum ini. banyak pujian kepada pemerintah dan banyak juga kritikan. Cuma pemimpin yang dah meninggal dunia takkan dia nak kritik lagi

  41. tujuhpuluhlapan
    July 19th, 2012

    tgk betul2.. “faktor keuntungan, bukan pegangan politik k’jaan negeri” selagi boleh sapu, puak PAS ni sapu abis..kah kah kah…BR1M tu pun sapu jugak..yeke keputusan pembelian bukan merujuk pada lembaga pengarah? sape sain?

  42. raja kongkiak
    July 19th, 2012

    Tokoh wartawan dah diketahui. Tokoh TAK KETAHUAN pulak kita anugerahkan kepada bujuk/moohyideeen….walau pun anugerah ini tak sehebat ANUgerah yang dimiliki oleh boss besaq depa..tapi bersandaqkan dengan segala “ilmu kacau bilau” yang depa nih ada maka layak sungguh diberikannya…Depa ini sememangnya layak bertenggek di atas meja harakah,suara keadilan sebab kedua-dua kertas lap jamban ini memerlukan jenis depa ini….

  43. dolly
    July 20th, 2012

    ni aku bagi tau bujuk..dah ko sebut semangat ‘melayu’..tu maknanya kemelayuan dia tu memang teballah segalanya bujuk..tak yah lah ko nak belit panjang lebar…ko sebut ‘melayu’ kan wahai bujuk bodoh…cis..bangsat betul si bujuk ni..maknanya ko kata kadir jasin lebih kepada kaumnya lah tu…ape lagik yg ko nak anti sgt ngan melayu wahai bujuk laknatullah…dalam ayat ko pun aku tengok banyak tul ko caci bangsa melayu nih..haram jadah punya bujuk…

  44. fabregaz
    July 20th, 2012

    betul tu mafuz mmg bodoh dan tak tahu apa2..

  45. bujuk
    July 24th, 2012

    sedar la diri tu… aku sebut semangat melayu, hang p sebut perkauman apasal?
    Aku tak sebut pun Kadir Jasin perkauman, dan aku yakin dia bangga aku sebut dia tebal semangat melayu. Hang berdiri depan cermin, tengok muka hang puas2. Malu ke tidak…
    Masih nak salahkan orang lain..

Leave a Reply

Type your comment in the box below: