11
Jul

Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng

 

Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.

Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau.

Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew. Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng.

Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian.

Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan. Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung? Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan.

Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah.

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang. Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.

 

Beruang Biru

Ada 1 Comment setakat ini.

  • PASpartyNGOK
    July 11th, 2012 at 2:43 PM

    Kes Guan Eng ini akan menjadi berat untuk dirinya kalau dia manusia yang bermaruah. Dia kena jawab pada semua orang yang bertanya dan yang paling berat dia kena jelaskan pada isteri dia. Menerangkan pada isteri soal begini teramat berat, kerana isteri boleh memaafkan tapi yang pasti tak akan dapat lupakan perbuatan suami.

    Ada juga manusia yang jenis handal dapat tackle isteri dengan mudah lalu teruskan hidup dengan lakunan seolah olah tak ada benda berlaku.

    Ini jenis manusia yang tak ada maruah diri. Disini memang terdapat manusia jenis ini yang kita kenal siapa.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.