MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

KAMU DIAM ! Anwar Melenting Dengan Gurauan Tun Mahathir

 

Ada orang tak tahan kena sindir dengan Tun Mahathir semalam ! ( cadangan PM Terhormat selama 5 hari kepada Anwar ) Hahahaha ….


“Duduk rehat tadi, ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.

“Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Puluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.

“(Tetapi) yang kamu takut ini apa. Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia,”

Begitu kata Anwar dalam ceramah di Selayang semalam - Mkini

Hahahaha …..  bukankah orang tua tu dah pencen dan sekarang dia cuma seorang rakyat biasa, jadi anggap jelah komen Tun tu komen seorang rakyat. Yang suruh rakyat diam pulak kenapa ? Padahal isu itu Anwar sendiri yang mulakan !

Kalau Anwar tak sebut, tak adalah Tun nak bergurau hahahahahaha ….. Malah wartawan Mkini sendiri tulis yang Tun Mahathir cakap semalam tu adalah dalam nada bergurau -

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri ‘terhormat’ selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

Cak ! Nak bersara ya ? Hehehehe …

Dan sebagai pakar alih isu, Anwar terus palitkan Tun dengan tuduhan2 kekayaan anaknya …..  hahahaha …

Apa barang ? Jawab jer la GURAUAN bekas bosnya dulu tu, tak payah lah nak alih-alih isu. Rakyat nak dengar juga gurauan balas dari Anwar berkaitan usul PM Terhormat 5 hari.

Takde SENSE OF HUMOUR langsung ! Bergurau sikit tak boleh … tengok muka ia..

Sd Johari : Kenyataan ‘Bersara’ Sekadar Tagih Simpati Penaja Asing !

Published by  on July 7, 2012 | 0 Comment

AIDCNews – 07/07/12 – SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata kenyataan mahu ‘bersara’ yang diumumkan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar gimik politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sengaja dibuat sebagai salah satu strategi politik untuk memenuhi sekurang-kurangnya lima agenda peribadi.

“Pertama untuk mengukur populariti politik beliau di kalangan pemimpin antarabangsa, sebab itu kenyataan tersebut dibuat di media Barat dan bukannya dalam negara.

“Tindakan beliau buat kenyataan di media Barat sudah menunjukkan kebergantungannya kepada pihak Barat terutamanya kepada penaja-penajanya.

“Tidakkah ini dilihat seumpama menagih simpati Barat buat kali terakhir untuk membantu beri dana secara besar-besaran dalam pilihanraya umum,” soalnya.

Motif kedua, iaitu menagih simpati penaja menurut SD Johari berselindung di sebalik kenyataan Anwar mahu bersara itu.

Menurutnya, ia seumpama satu ugutan halus kepada penaja-penaja luar negaranya.

“Beliau buka ruang perbincangan kepada penaja-penajanya untuk terus menawarkan bantuan dana pilihanraya kepada Anwar supaya karier politik Anwar tidak berakhir.

“Kalau bukan Anwar, siapa lagi pihak Barat mahu letakkan kepercayaan,”katanya

Motif ketiga, katanya Anwar telah melakukan tidakan pre-emptif iaitu memberi ‘umpan untuk bersara’ setelah beliau tahu bakal kalah dalam PRU 13.

Sebab itu, dalam kenyataan tersebut Anwar menggambarkan dirinya dalam keadaan seolah-olah disekat oleh pihak kerajaan, jika selepas pengundian Anwar tewas, maka beliau akan terus-menerus menyalahkan kerajaan dan sistem politik Malaysia.

“Strategi keempat Anwar adalah untuk menarik pemusatan kuasa daripada Pakatan Rakyat diberikan sepenuhnya kepadanya.

“Apabila semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tiada calon pelapis merayu kepadanya supaya jangan bersara, ini akan memudahkannya untuk mengatur dan menyelesaikan isu-isu PR berkaitan dengan pembahagian kerusi.

“Anwar perlu kuasa ‘Ketua’ dan ‘pemutus’ dalam PR itu kerana perkembangan politik terkini tidak memihak kepadanya untuk kekal relevan sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkang,”katanya.

Selain itu, menurut SD Johari, strategi kelima kenyataan Anwar itu juga disasarkan kepada pengundi-pengundi yang bakal mengundi dalam PRU 13.

“Ini dianggap satu strategi untuk menagih simpati rakyat dengan kononnya terpaksa berundur dan kembali menjadi pengajar.

“Kononnya terdapat asakan konspirasi terhadapnya supaya rakyat nampak kerajaan zalim kepada Anwar dan Anwar perlu diselamatkan,”katanya.

Menurutnya, walau apa pun strateginya, sewajarnya rakyat menyambut baik hasrat Anwar untuk bersara itu kerana faktor usia Ketua Umum PKR itu dan tempoh masa Anwar menjadi Perdana Menteri sudah berlalu sejak 13 tahun dulu.

“Anwar telah mengukir sejarah politik Melayu sebagai ahli politik biseksual yang rakus menggunakan kuasa rakyat untuk kepentingan politik peribadinya.

“Rakyat sudah muak, jemu dan bosan dengan politik kotor dan tidak bermaruah pimpinan Anwar. Rakyat sekarang perlukan pembangkang yang berwibawa dan proaktif dalam membina negara,”katanya lagi.

 

http://www.anwaraidc.com/?p=25919


Posted by tengkudin on July 7th, 2012 :: Filed under Blog Pilihan
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “KAMU DIAM ! Anwar Melenting Dengan Gurauan Tun Mahathir”

  1. korokstabang
    July 8th, 2012

    sorry to say la bagi aku orang yang buat kenyataan mau berhenti adalah orang yang sudah putus haid ehh salah.. rasa tergugat dan putus asa, manusia bodo mana yang mau taja sama orang yang belum masuk pertandingan sudah cerita pasai kalah mat saleh bilang no guts dalam bahasa kasarnya sudah ilang batu laa

    muehhhhahahahahahahahaa

  2. tengkudin
    July 8th, 2012

    aljburi cakap je..dia takkan berhenti..dan takkan berhenti MELIWAT dan MENCHINA DOLL..hehehe

Leave a Reply

Type your comment in the box below: