FIQH Mentaati Pemimpin: Hak Pemerintah Untuk Ditaati

 

Tahniah kepada MyKmu.net serta Generasi Bestari, iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 June baru-baru ini.  Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia. 

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.
 
Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM,  pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,”  – iaitu makmur dan aman. 
 
Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.   Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia. 
 
Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan.  Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.  Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka. 

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur. 

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin.  Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya.

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya. 

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati. 

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya.  Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.  Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan.  Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita. 

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.  Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran. 

“Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah.  Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.  Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka. 

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah. 

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah:  Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga.  Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran.  Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. 

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian. 

Beruang Biru


Posted by tengkudin on June 19th, 2012 :: Filed under PILIHAN RAYA 2013,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “FIQH Mentaati Pemimpin: Hak Pemerintah Untuk Ditaati”

  1. melayu_islam
    June 21st, 2012

    *Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran*

    KPOP yg diadakan baru2 ni menzahirkan betapa ‘betul’nye tulisan korang ni…

    sudahlah…pemimpim amno x ade ciri2 pemimpin yg amanah, adil, beragama yg dituntut dlm islam…mcm mna mau ikt…

  2. Ma'thur Al Fijar
    June 23rd, 2012

    Ya..

    benar Pemimpin2 kita adalah Orang Islam (mukmin) yang masih mengerjakan solat dan tidak patut diperangi.

    Tetapi dia patut diMUHASABAH dan berubah supaya menjadi PEMIMPIN SELURUH UMAT ISLAM (Amirul Mukminin) YANG MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH S.W.T YANG DIBAWA OLEH MUHAMMAD S.A.W (AL QURAN) DAN PENYAMPAIANNYA (HADITH)..bukannya melaksanakan hukum buatan akal manusia (perlembagaan) yang dibawa oleh LORD REID si kuffar al harb.

    UMAT ISLAM WAJIB BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH !!!

    IKUTLAH CARA RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABATNYA YANG TAKUT KEPADA ALLAH !!!

    Sistem negara DEMOKRASI adalah termasuk dalam sistem2 buatan manusia dimana manusia ( muslim dan non muslim ) sebagai penentu dan pembuat undang-undang mahupun hukum tanpa menarik hukum dari hukum syara’. PERLEMBAGAAN adalah datangnya dari manusia juga..yang dibawa oleh LORD REID..dan digunapakai sebagai sumber rujukan untuk menggubal undang2.

    Sistem negara islam ( KHILAFAH ) adalah hasil dari kesepakatan sahabat2 Rasulullah S.A.W..yang mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W membina sebuah pemerintahan islam yang menggunakan HUKUM SYARA’ ( dari AL QURAN dan HADIS ) sebagai sumber hukum tanpa melibatkan non muslim sebagai pembesar/penguasa/pemerintah. Non muslim ( kafir zimmiy sahaja ) dibenarkan tinggal dan tunduk kpd kekuasaan kerajaan islam malah dilindungi di dalam negara islam ( DAULAH KHILAFAH / DAR AS SALAM ) oleh Khalifah.

    SEDARKANLAH DIRI KALIAN BAHAWA KITA TIADA KHALIFAH MAHUPUN SEBUAH NEGARA ISLAM SETELAH TUMBANGNYA KERAJAAN ISLAM PADA Mac 1924 LALU. Negara kononnya islam sekarang ini hanyalah PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM tanpa menggunakan Al Quran – Hadis – Ijmak sahabat – Qias, malah menggunakan perlembagaan yang dibawa oleh Lord Reid ( si kafir harbi – patut ditentang ) sebagai sumber hukum. ASTAGHFIRULLAH ! Kita tidak dibenarkan berkompromi / bersekongkol / bersama2 org2 bukan islam mengenai hukum dan urusan agama mahupun umat. Manusia mukmin hanyalah pelaksana hukum (khalifah)..bukannya pembuat hukum.

    Lihat sahajalah sistem ekonomi KAPITALIS yang digunakan di tanah2 islam. Kesannya, umat2 islam menjadi kucar kacir setiap hari dlm urusan ibadat (kerana sibuk mencari harta), mengurus keluarga, urusan jual-beli (muamalat), putar-belit dgn ‘jenama ISLAM’ malahan terlibat dengan RIBA gara2 mahu menyediakan keperluan hidup.

    Lebih malang lagi, umat islam seluruh dunia ketika ini ditanam, dibenam dan disuburkan dengan PEMIKIRAN SEKULAR sejak dari pendidikan awal hinggalah ke akhir hayat.

    kajilah kalian sendiri dengan jelas apa itu SEKULAR? LIBERAL? PLURALISME? ASABIYYAH atau NASIONALIS? itulah sedikit antara senjata2 halus kafir Harbi memusnahkan kita YAAA MUSLIMIN!! BANGKIT! BERSATULAH! BERUSAHALAH! bantulah diri kalian dan umat supaya Allah membantu kita semua..

    HAI YA’ALAL FALAHH !!!

    AYUH KEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM !!!

    TERAPKAN ISLAM SECARA KAFFAH (menyeluruh)

    http://www.mykhilafah.com/

    Dipetik daripada terjemahan surah Al Ma’idah :-

    Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (48).

    Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (49)

    Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (50)

  3. Che_Yan
    November 3rd, 2012

    Dia suruh ko pegi ke bro? Aku tak pegi, tak kene tangkap pun… Ko kene tangkap ke sebab tak pi tengok KPOP?

    Masjid banyak kerajaan PERSEKUTUAN buat, ko duk sana lah, kalau tak mahu tengok maksiat… Kan elok.. Toksah pertikai lah amalan orang lain… Biar tuhan yang adili diorang, ko tu entah-entah cebuk berak pun tak bersih kot… :)

  4. ilmu pondok
    December 29th, 2013

    Bangang lagi daif kamu n…org suh p ngaji ilmu agama baru turun komen yg bernas sikit…ikut suka kamu jer komen…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: