18
Jun

Mantan Timbalan Syeikhul Azhar: “Ibadat Haji Tidak Bolah Ditunda Jika Mampu”.

Seminar Antarabangsa-” Fiqh Mentaati Pemimpin” yang sedang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) sememangnya telah merungkai pelbagai kekusutan dan persoalan yang sedang berlaku di Malaysia. Dengan keadaan akidah umat Islam di negara ini yang sedang terumbang-ambing disebabkan oleh penangan puak-puak khawarij yang bertopengkan parti Islam, seminar ini dapat memberikan nafas baru dalam memperbetulkan akidah dan amalan umat Islam di Malaysia. Seminar yang dihadiri ilmuan-ilmuan besar dari seluruh dunia Islam ini akan berlangsung selama tiga hari bemula dari 15-17 Jun 2012.

Kertas kerja yang dibentangkan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem pentadbiran Islamik, cara kepimpinan Islam dan juga tanggungjawab rakyat dalam menyokong usaha pemimpin Islam. Para peserta juga boleh mengajukan soalan kepada panel setelah mereka selesai membentangkan kertas kerja mereka.
Dalam pembentangan kertas kerja yang pertama oleh Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, satu soalan telah diajukan. Soalan itu bertanyakan tentang fatwa penangguhan ibadat haji yang telah dikeluarkan oleh satu parti politik pembangkang sekiranya tarikh pilihanraya jatuh pada musim haji. Mantan Timbalan Syeikhul Azhar itu dengan jelas mengatakan fatwa penangguhan melakukan ibadat haji itu adalah salah kerana ia jelas menidakkan kepentingan ibadat yang menjadi salah satu daripada rukun Islam. Pilihanraya tidak boleh dijadikan alasan untuk menagguhkan ibadat haji. Lantas dengan penerangan ini ia menolak pandangan jumud para pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam fatwa songsang mereka tentang ibadat haji.

Jika selama ini para pemimpin PAS mengarahkan semua ahlinya untuk mengutamakan dan mematuhi ulamak, maka inilah masanya mereka menolak fatwa sesat pemimpin mereka sendiri. Ataupun para penyokong PAS lebih meyakini pemimpin mereka yang mendapat ijazah sarjana pertamanya dari sebuah universiti di India dan hanya mempunyai ijazah sarjana dalam bahasa Arab berbanding dengan pendapat seorang Mantan Timbalan Syeikhul Azhar yang sememangnya diiktiraf diseluruh dunia sebagai seorang ulamak yang muktabar.

Perlu juga diingatkan bahawa ketaksuban orang-orang PAS yang telah dijanjikan syurga PAS oleh para pemimpin PAS hanya akan mempercayai ulamak-ulamak PAS yang tidak diketahui sanad pembelajarannya. Ataupun PAS akan lebih mempercayai ustaz-ustaz selebriti mereka seperti Bob Lokman dan Akhil hayy sebagai ulamak yang lebih hebat berbanding Syeikh Mahmmoud Abdel Ghany yang telah mencurahkan ilmu di universiti tertua didunia. Mungkin juga juak-juak PAS akan bertanya kepada ikon terbaru mereka Ustaz Azhar Idrus yang sering mengeluarkan perkataan-perkataan mengeji seperti “bodoh” dan “dungu” didalam majlis-majlis ilmu untuk memperkuatkan hujah-hujah songsang mereka?

Inilah realiti yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Kita dihimpit oleh pemikiran singkat yang akan membusukkan nama agama Islam. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa para pemimpin PAS mengeluarkan fatwa dan pendapat hanya untuk kepentingan politik mereka sendiri. Mereka juga tanpa segan silu mempertahankan sesuatu perkara walaupun ia telah dibuktikan salah. Pemimpin PAS telah berjaya membutakan mata dan hati pengikut mereka untuk terus beriktikad kepada pemimpin sesat yang jelas akan merosakkan akidah dan peribadi mereka.

Ada 4 Comments setakat ini.

  • aziz pukimak
    June 18th, 2012 at 1:59 PM

    syeikhul azhar tu belum jumpa wali allah nik aziz. sebab tu dia tak paham islam mcm nik aziz.
    iya lah, nik aziz pukimak tu…

  • djray
    June 19th, 2012 at 12:59 AM

    bagus jugak klu Allah hantar gempa bumi dan telan saja ulamak2 haprak PAS ni hidup2.. buat menyemak je kat muka bumi nih..

  • djray
    June 19th, 2012 at 1:01 AM

    agaknya dah jadi trend PAS memilih ulamak yg graduate dari syarikat rakaman piring hitam.. alangkah bodohnya depa ni..

  • Che_Yan
    June 19th, 2012 at 1:30 AM

    Haha…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.