7
Apr

Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi?

1. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Geran Selangorku bernilai RM 300 juta.
2. Pada mulanya saya menyangkakan geran ini merupakan bantuan kepada peniaga kecil. Rupanya tujuan geran ini ialah untuk menjayakan projek infrastruktur mengikut DUN. Saya difahamkan sekurang-kurangnya 2 projek infrastruktur setiap DUN. Ini bermakna terdapat lebih 112 projek untuk Geran RM 300 juta.
3. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan agenda politik Pakatanmenjelang pilihan raya umum akan datang. Jika Barisan Nasional berbuat sedemikian tentu akan dikatakan mengamal rasuah politik. Tapi jika mereka yang berbuat demikian segala-galanya tidak mengapa dan bersih segalanya.
4. Namun yang menariknya dalam pengumuman tersebut ialah Khalid menyatakan bahawa segala urusan akan dijalan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman ramai orang tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus.
5. Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan,”Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).”

6. Anehnya, saya mendapat butiran taklimat Khalid kepada para EXCOnya yang jelas sekali menunjukkan pemberian Geran RM 300 juta ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Menteri Besar. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar?

Ada 0 Comment setakat ini.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.