Menu Utama

Majoriti umat islam bangga dan gembira meraikan kejayaan membantu musnahkan Islam

oleh Kang Nasir

Saya akur dengan harapan nafsu umat islam yang berharap kesucian islam terancam. Itu bukan bermakna saya redha dengan tuntutan nafsu anda semua. Saya hanya redha kepada ketentuan ini kerana Allah mahu uji kita kepada siapakah kita berharap? Adakah mengharap REDHA HARAPAN DAJJAL atau redha Allah yang kita kejar? Malah #AhliSyurga #AgamaPAS pun turut rasa gembira kerana Allah makbulkan doa Qunut Nazilah yang ulama mereka pohon.

Dalam soal ini. Saya tak salahkan anda dan seluruh rakyat marhaen yang sedang bergembira kerana tuntutan nafsu mereka terlaksana. Kerana kita sekarang sudah tidak diajak oleh #PakLebai politik agar menjadikan islam sebagai amalan maka itulah ramai yang bangga dan gembira ikut kafir beramal amalan orang kafir. Sebab itulah dah lebih 10 tahun saya menyeru mintalah ulama politik dan #PakWahab mengajar ILMU TASAWUF.

Umat islam dah enggan menjadikan islam sebagai amalan tu ada disebut dalam beberapa hadis FITNAH DAJJAL #AkhirZaman. Antaranya.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺑَﺪَﺃَ ﺍﻹِﺳْﻼَﻡُ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻭَﺳَﻴَﻌُﻮﺩُ ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺪَﺃَ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻓَﻄُﻮﺑَﻰ ﻟِﻠْﻐُﺮَﺑَﺎﺀِ
“Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing ”
(HR. Muslim no. 145).

Kepada umat islam yang beriman kepada DAP. Bersedialah kita sama-sama hadapi kenyataan bahawa kelak JAKIM akan dimansuhkan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1205758659600542&id=100004992577825

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sama ada perlu dikekalkan ataupun dihapuskan sekiranya pakatan itu menguasai Putrajaya. Berita dipautan ini.

MAHATHIR SEDIA HAPUSKAN JAKIM

Dari sumber berita harian yang diterbitkan pada bulan April pula dipautan ini.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/04/411457/awas-agenda-licik-musuh-politik-islam

Selain berusaha mansuhkan hukuman kes khalwat kerana menganggap buat kerja seronok ikut nafsu suka sana suka itu hak asasi manusia. G25 juga mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan usaha meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Saya harap tidak ada lagi orang yang beri alasan mereka junjung harapan dajjal bukan setuju kearah merosakan islam kerana konon ikut hasutan iblis tu cuma mahu tangkap MO1. Walhal bukan satu dua #KamiGengNajibRazak kongsikan MUDARAT PADA UMAT bila berharap pada HARAPAN DAJJAL.

Ringkasan berita dalam pautan ini.

Cadangan mansuh Jakim, cerminan mahu kembali ke masa lalu

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberi sumbangan besar ke arah kemajuan Islam di negara ini. Cadangan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail supaya Jakim dimansuhkan mencerminkan keinginan beliau untuk melihat orang Melayu kembali pada masa mereka terbabit dengan alkohol.

“Saya kesal pandangan anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang mahu Jakim dihapuskan dan bagi Malaysia untuk kembali ke masa apabila Melayu-Islam terlibat dalam minuman keras seperti wiski dan brandi.

“Untuk maklumat anda, Jakim juga adalah urusetia untuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang kewujudannya diterima dan dibenarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, yang ditugaskan untuk memelihara kesucian agama Islam di Malaysia,” katanya.

Saya mengingatkan ini untuk kebaikan kita bersama tak perlu salahkan Najib dan UMNO kerana kalian mahu Allah timpakan bala bencana yang akhirnya saya pun jadi mangsa.

“Takutlah kamu akan seksaan yang akan diturunkan kepada semua dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang lain.”
(Surah Anfal, ayat 25).

Sabda Rasulullah saw: “Demi diriku dalam genggaman-Nya, kamu hendaklah menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau kamu akan diazab kerananya dan doa kamu tidak akan dimakbulkan.”
( Riwayat Tirmizi)






2 Komen to Majoriti umat islam bangga dan gembira meraikan kejayaan membantu musnahkan Islam

  1. Jiwa merdeka says:

    Si penyebar fitnah dan pengadu domba rafizi tengah gelak mengekek sebab fitnah dajalnya menjadi. Bila keluar dari penjara dia akan disambut seperti hero oleh pengikut ajaran PH, apakah otak pengikut PH telah biol seperti zombi kampung pisang. Si banduan rafizi orang salah diarak dan dijulang, benarlah di akhir zaman ini yang zalim akan dipuja dan dihormati. Zombi ini akan terus diberi makan dedak fitnah agar mereka sentiasa patuh pada maharaja PH. Oleh itu pemimpin umno jangan mewujudkan kesempatan dan peluang untuk si pengadu domba rafizi membuat dedak fitnah bagi zombi peliharaan PH. Selamatkan zombi PH ini dari virus adu domba rafizi.

  2. aku masih dibawah says:

    aku ingin menangis sepuas-puasnya namun adakah tun m akan mendengar makna tangisan aku dan adakah dia bergembira melihat keimanan anak muda sekarang semakin menipis. umno tidak memberontak dan menderhaka sebab masih tebal dengan keimanan pada Allah

Leave a Reply