Menu Utama

Kemenangan Semakin Pasti, BN Beri 3 Manfaat Tambahan

BERIKUTAN sambutan positif terhadap kempen Barisan Nasional sepanjang 11 hari kempen yang bakal berakhir tengah malam ini, ditambah dengan kecelaruan dalam Pakatan Harapan yang dipimpin si tua 93 tahun, bau-bau kemenangan untuk BN sudah semakin pasti.

Gembira dengan bacaan terbaru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 3 insentif tambahan untuk rakyat jika BN kekal memerintah negara.  Insentif tambahan itu adalah seperti berikut:-

  1. Pembayar cukai pendapatan berusia 26 tahun kebawah, dikecualikan dari membayar cukai dan cukai yang telah dibayar bagi tahun tafsiran 2017 (melalui PCB) juga akan dipulangkan kembali.
  2. Cuti peristiwa khas pada 14 dan 15 Mei yang akan datang.
  3. Pengecualian membayar tol di seluruh negara selama 5 hari pada hari raya tahun ini

Pakatan mungkin mahu mendakwa, Najib meniru mereka yang berjanji memberi cuti 2 hari pada 10 dan 11 Mei KALAU menang.  Tapi kalau pun betul, itu hanyalah satu sedangkan Pakatan meniru begitu banyak cetusan idea Najib dalam manifesto mereka.  Antaranya:-

  1. BR1M – cuma belum tahu berapa jumlahnya
  2. Subsidi bersasar – minyak, untuk kereta berkuasa 1300cc ke bawah.
  3. Caruman KWSP untuk isteri


(Next News) »



Leave a Reply