Menu Utama

Kebebasan Bersuara: Rakyat Akan Rindukan Pemerintahan Najib

TAK sampai 24 jam selepas mengangkat sumpah, sudah tersebar amaran dari orang-orang parti bunga  untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menghina, memfitnah, mencaci, tohmah, bla bla, kepimpinan yang baru mengambil alih.

Sementara penulis bersetuju dengan tindakan ke atas sesiapa buat fitnah dan tohmah tu tapi dibaca keseluruhan, dah nampak macam membawa maksud kepimpinan yang “baru” ini masih lagi tidak boleh dikritik seperti dulu. Tak tahu pasal orang lain, tapi bagi penulis sendiri rasa macam itu. Contohnya seperti caci (kutuk), itupun nak ambik tindakan juga? Wah, ‘halus’nya hati.

Gambar Hiasan

Yang penting, benda-benda yang semacam inilah yang menambah kerinduan penulis terhadap pemerintahan Najib Tun Razak yang berakhir hanya 2 hari sudah.  Kebebasan bersuara pada waktu itu berada di tahap paling teratas di dunia.

Beliau dikritik, difitnah, dicaci hampir sepanjang hari dan masa tapi jarang sekali mengambil tindakan undang-undang melainkan bila dah keterlaluan.  Itupun banyak kes dimana beliau memaafkan pemfitnahnya begitu saja.

Tapi taklah sampai ke tahap memberikan amaran seperti ini kan.

Najib lebih banyak memberikan penjelasan demi penjelasan kepada rakyat.  Cuma masalahnya ramai yang tidak peduli apa yang dijelaskan sebaliknya lebih percaya kepada fitnah yang disebarkan.

Berdasarkan pengalaman, inilah yang dimaksudkan penyokong PAS dan PKR sebagai zaman gelap kepada kebebasan bersuara hujung-hujung dekad 90-an dulu sehingga ada yang dilabel sebagai diktator, mahafiraun dan sebagainya.  Mungkin sampai masanya untuk ucap selamat kembali ke zaman itu.



(Next News) »



10 Komen to Kebebasan Bersuara: Rakyat Akan Rindukan Pemerintahan Najib

  1. zack300 says:

    Sebab dia dah tua biasalah.. Lupa dan tersilap maafkan je lah. Apa nak kutuk lagi. Dulu puas dah diberi bermacam2 punya gelaran dan fitnah. Cukuplah kali ni. Biar dia memerentah dengan aman damai sampai kembali menyahut panggilan Illahi. Yang sudah tu, sudah lah….

    • Maha says:

      Biasalah kuku besi orang zaman tun mahathir Itu ok, kalau harga barang tak turun kita orang kutuk ditangkap siap tun mahathir itu, aku ucap padan muka korang itu sebab apa dasar tun mahathir itu dia tak nak dengar cakap…

  2. Ashraf says:

    “TAK sampai 24 jam selepas mengangkat sumpah, sudah tersebar amaran dari orang-orang parti bunga untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menghina, memfitnah, mencaci, tohmah, bla bla, kepimpinan yang baru mengambil alih.”
    Boleh nilai sendiri kau ni macam mana punya orang. Pengetahuan kau ,otak kau dll
    Selamat tinggal UMNo .dan pembodek pembodeknya.
    Kami Sayang PM baru kami.

    • Maha says:

      Sori pergi cakap pada tun mahathir kesayangan kau itu sila tunaikan janji pru itu kalau gagal tunaikan janji rakyat sendiri akan jatuhkan dia ok..
      Aku tak sabar tengok astor kesayangan tun mahathirbagi pada orang muda percuma siaran pada tv biasa, aku nak tengo astor kesayangan tun mahathir lepaskan tak bagi siaran percuma EpL itu..

      Aku akan simpan manifasto Ph tun mahathir itu

      • reds says:

        buang gst, turun harga minyak, turun harga barang..huhu..100 hari lagi… kita tengok…kita bagi jek cai2 gomen nih seronok dulu…..

  3. gengrembau says:

    hehehehehe. tulis sendiri dan hentam sendiri. lepas tu bising. . dedak dah habis. hehehe

  4. Saiful78 says:

    Akhlak Islam terima perbezaan pendapat. Semoga kebebasan bersuara berterusan tanpa sekatan.

  5. kri says:

    tidak ada kebebasan bersuara, muyiddin kena tendang, shafie apdal, zeti, rais yatim, rafidah aziz, daim, sprm, peguam negara dan banyak lagi, mampuis lah kita tidak boleh bersuara lagi. Tetapi Allah maha kuasa kita orang Islam kena percaya ………………….

  6. Saiful78 says:

    Gelaran buat ex PM Najib…. BAPA Kebebasan Bersuara.

Leave a Reply