Menu Utama

Gugur Keahlian ADUN Melompat, Memang Tepat

PENGUMUMAN pemangku Presiden UMNO, Datuk Sri Zahid Hamidi bahawa dua ADUN parti itu yang menyokong kerajaan Pakatan di Perak gugur keahlian UMNO secara automatik, melegakan ramai ahli parti itu.  Dah dipilih rakyat sebagai wakil atas tiket BN pun, masih masih nak menyokong pihak lawan.

Alasan mula-mula konon hanya sokong Menteri Besar Pakatan yang baru, bukan melompat parti (sebelum salah seorang betul-betul melompat parti), bukan sahaja pelik tapi menjadi bahan lawak dalam masa yang sama.

Memang kalau difikirkan sangat mengecewakan tindakan yang seperti ini.  Lebih lagi dalam keadaan sekarang dimana UMNO sebagai sebuah organisasi perlu bertenang, bangkit dan menyusun kembali jentera selepas menang 54 kerusi parlimen dalam PRU14 yang sudah, ada pulak  ADUN yang menang atas tiket BN mengambil peluang untuk menyokong Pakatan.

Apa pun, inilah peluang patut diambil untuk membersihkan UMNO dari semua gejala-gejala tidak baik ini.

Selama hari ini ahli-ahli UMNO dah banyak bersabar melihat karenah pemimpin tertentu yang memakai baju UMNO tapi berkiblatkan Pakatan – ke tahap dipilih sebagai calon dan menang.

Mana tak moral ahli bertambah lemah.  Dahlah sokongan merosot, ada pulak di pihak kepimpinan sana yang buat perangai tidak semenggah.  Justeru pengguran keahlian secara automatik ini memang dialu-alukan.

Yang terima mereka ini pun kena ingat, kalau hari ini depa boleh khianat UMNO, besok-besok pun mereka boleh khianat kamu juga.






2 Komen to Gugur Keahlian ADUN Melompat, Memang Tepat

  1. Maha says:

    Bagus umno mula ambil tindakan tegas pada mereka khianat umno Saya minta jangan terima lagi mereka khianat umno kerana kekayaan, umno kena jadi parti tegas

  2. reds says:

    umno bangkit….kita kalah kerana fitnah…kebenaran akan menyusul jua….

Leave a Reply