Menu Utama

Buka Keahlian UMNO Untuk Semua Kaum – Cadangan Yg Tak Perlu Diberi Perhatian

Gambar hiasan

PASCA PRU14 ini semua orang tahu UMNO perlu bangkit dan menyusun kembali jentera dalam usaha merampas kembali pentadbiran negara ini menjelang PRU15.

Walaupun nampak masih jauh tapi dengan keadaan sekarang, banyak yang perlu dilakukan untuk merampas semula negara ini dari tangan mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Tidak berperikemanusiaan dalam erti kata menamatkan perkhidmatan beribu-ribu orang (majoriti Melayu) tanpa mengambil kira pertimbangan bulan puasa dan sambutan hari raya yang akan datang. Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody sendiri mengesahkan ekonomi negara ini baik walaupun setelah pucuk pimpinan bertukar tangan.

Maksudnya takkan bankrap negara ni kalau orang-orang ini dikekalkan sekurang kurangnya sehingga bulan depan. Selain perayaan, ada juga masa untuk yang terlibat membuat persediaan.

Apa pun, dalam tempoh yang sangat kritikal ini timbul pulak cadangan dari seseorang untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Ini bukan perkara baru kerana seawal 1950 lagi cadangan seperti ini telah ditimbulkan oleh pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar.

Begitupun dalam keadaan sekarang cadangan itu dilihat tidak sesuai langsung malah dipersetujui ramai ahli UMNO sebagai cubaan untuk lebih melemahkan UMNO saja lagi.

Ini bukan masanya untuk bereksperimen sebesar ini kerana UMNO perlu menumpukan apa yang menjadi sumber kekuatan UMNO dari dulu sehingga kini – orang Melayu.

Pihak lawan walaupun bereksperimen dengan menggunakan lambang sama untuk pertama kalinya tapi masih meletakkan seorang Melayu sebagai ketua. Membuktikan, asas politik Melayu itu masih penting walaupun untuk mereka.

Kenapa UMNO pulak nak jadi berbeza?






5 Komen to Buka Keahlian UMNO Untuk Semua Kaum – Cadangan Yg Tak Perlu Diberi Perhatian

  1. sman says:

    Misti Umno tulin,jangan pandai pandai nak ubah status keahlian Umno.Satu hari nanti ,apabila air sudah sampai keparas hidung,Melayu haprak yg membenci Umno yg sanggup menggadai hak sendiri kerana kufur nikmat sudah hampir tenggelam ,mereka pasti akan mencari-cari di mana Umno.Namun selagi kita Umno dan mereka adalah Melayu Islam,kita tetap juga akan membela mereka,biar pun betapa besarnya dosa mereka pada Umno.Kerana kita adalah Umno.

  2. Maha says:

    Umno tak perlu buka pada lain kaum ,pbbm semua melayu tak benarkan orang bukan melayu masuk pbbm itu..
    Sebenar kita kalah disebab rakyat suka subsidi dan harga makanan naik itu saja najib nak ajar rakyat supaya kita tak bergantung pada subsidi dan duit subsidi ada itu bagi pada rakyat miskin

    Bagi aku tun m tak akan boleh pun turunkan harga makanan pun kita tunggu dan lihat, kenaikan harga makanan memang berlaku di seluruh dunia, tun m tak boleh naik turunkan harga minyak rakyat dah tertipu dengan manifasto dia, rakyat undi tun m ada dua sebab fanatik tun dan manifasto ph berjanji turuhkan harga makanan, gst pun tun m tak dapat mansutkan dalam masa 100 hari nampak dia seorang yg gagal, nak hapuskan gst sekurang makan masa 2tahun 1tahun bikin computer softway 1tahun lagi ajar rakyat dengan cukai baru nak perkenalkan. Tun m bijak menipu rakyat malaysia ini sebab dia tetap 2tahun sebab dia tahu manifasto no 1pakatan hapuskan gst apabila dia gagal dia pasti akan salahkan orang lain korang tengok nanti ia buat sama macam anwar dulu dipecat sebab tun m sendiri gagal kawal ekonomi malaysia anwar dijadikan mangsa pecatnya tun m mengunakan dana untuk main mata wang anwar terima arahan dari tun m je selaku anwar menteri kowangan kalau masalah morel umno dah lama rosak dibawah tun m itu sendiri biarlah perosak umno pergi pada tun m itu.
    Kita tunggu tak sampai setahun nanti bila tun m gagal je dia akan cari orang untuk kambing hitam kan, kesian orang kambing hitamkan itu

  3. ady says:

    Tak kena pada gaya dan nama. Bukanlah lagi MALAY UNITED. Tapi sebelum nak pandang ke luar, pandang dulu masalah dalaman, nama ahli perlu dibersihkan. ini nama yang dah belot nama yang melompat nama yang dah meninggal masih lagi berstatus ahli aktif. memang selamanya umno takkan nampak hakikat berapa ramai ahli yang sebenarnya. tengok berapa ramai duri dalam daging, sebaik saje ade peluang terus melompat.

  4. shahrilrahim75@gmail.com says:

    1. Membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu, kesilapan yang bakal memupuskan peranan UMNO sebagai batu asas tanah Melayu yang hidup (terus membaca…).

    Keahlian UMNO semakin berkurang? Bukan kami yang meninggalkan UMNO, tetapi kepimpinan UMNO lah yang telah meninggalkan pejuangan UMNO.

    Pengasas UMNO semenjak 1946 berjuang dalam serba kekurang tanpa berkuasa selama 10 tahun sehingga perolehi kemerdekaan, rajin-rajin lah mendekati detik-detik ini, anda semua memerlukannya kerana disaat ini ada kepenatan dan kekeliruan.

    Berjaya lah anda dengan berusaha menjadi pemimpin yang hebat dan tak usah mengejar jadi pemimpin tetapi jadi lah pemimpin yang terpilih kerana mengejar jadi pemimpin tidak menghasilkan kesetiaan, tanpa kesetiaan tiada kekuatan.

    Kebencian pada UMNO hari ini ada dua, dibenci oleh bangsa Melayu sendiri kerana kesilapan demi kesilapan oleh para pemimpin nya dan di benci oleh mereka yang sangat bercita-cita UMNO lenyap.

    Berbakti dan berlaku adil kepada rakyat di dalam masa yang sama mempertahankan tanah Melayu ini dan ini memerlukan pemimpin yang hebat dan bijak, bukan sekadar retorik.

    Faktor penentu kemenangan PH ialah apabila mereka perolehi pemimpin yang wibawa.

    Maka guna kan saat yang penuh hikmah ini mencari pemimpin dan halusi semula perjuangan asal UMNO dengan perlaksanaan yang semasa bukan nya membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.

    2. Mereka telah memberi gambaran akan lemah nya bangsa Melayu tanpa UMNO. Satu gambaran untuk menakut-nakutkan dan tidak benar. Tidak kah lebih penting lagi untuk memikirkan kesilapan demi kesilapan kalian di dalam menguruskan urusan bangsa Melayu & rakyat semenjak pembangunan negara dilaksanakan secara penswastaan.

    3. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Allah swt termasuklah manusia berbangsa Melayu. Spesifikasi kejadian manusia berbangsa Melayu ini sesuai dengan keadaan tanah (cuaca, muka bumi, kedudukan dll) yang Allah swt kurniakan kepada mereka. Sesungguhnya manusia berbangsa Melayu tidak lah lemah di tanah ini.

    4. Apa yang ada pada mereka adalah kesilapan demi kesilapan.

    5. Kesilapan ada pada semua bangsa di dunia ini. Allah swt ada menyatakan bahawa manusia sentiasa di dalam tergesa-gesa. Mungkin sifat ini lah yang menjadi punca kepada kesilapan demi kesilapan kita hari ini.

    6. Jangan lah pejuangan UMNO itu dicemarkan dengan ketakutan sepertimana kita seringkali ditakut-takutkan oleh emak ayah dengan hantu. Sampai ke satu tahap kita mengetahui perbuatan emak ayah itu adalah untuk memudahkan urusan mereka, kita tidak merasa takut lagi walaupun hakikat nya hantu memang wujud, jelmaan di kalangan bangsa jin. Atau dicemari dengan cerita-cerita seangkatan dengan cerita pengembala kambing dengan serigala, natijah nya pengembala kambing itu sendiri yang rugi.

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Al-Hujurat 13

    7. Manusia dari pelbagai bangsa ini sudah tentu lah dikurniakan tanah oleh Allah swt kepada mereka untuk memerintah wilayah masing-masing, sepertimana bangsa Arab dikurniakan pada mereka tanah semenanjung Arab, bangsa Melayu tanah ‘Malay Archipelago’, bangsa Nordics tanah utara Eropah dan seterus nya. Maha adil Allah yang menjadikan manusia pelbagai bangsa memiliki tanah masing-masing.

    Kurniaan wilayah kepada setiap manusia pelbagai bangsa ini berkemungkinan hikmah nya agar masalah-masalah yang ada pada hari ini seperti perkauman sepatut nya tidak ada.

    Apabila satu bangsa tetap berada di wilayah nya sendiri, urusan bangsa mereka lebih mudah di rancang dan dilaksanakan.

    Bangsa itu berpuak-puak, timbul juga pelbagai masalah , namun ia nya berteraskan satu bangsa dan bukan perkaumnan.

    Allah swt yang memiliki langit dan bumi, maha berkuasa di atas segala sesuatu dan dengan dia lah kita bergantung harapan.

    8. Bergerak bebas lah manusia di bumi Allah swt untuk saling mengenali agar mendapat saling melengkapi.

    9. Namun nafsu mengajak manusia agar kuasa menguasai ke atas sesama manusia secara perang mahupun secara halus. Sehingga lah berlaku pencampuran pelbagai bangsa di tanah wilayah yang sama.

    Kini bangsa asal tanah wilayah kurniaan Allah swt tidak lagi boleh berbincang dan merancang urusan bangsa nya sendiri kerana ia nya bersifat perkauman.

    Mungkin kah ini salah satu kerosakkan yang dimaksudkan di muka bumi ini yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Maka berjaya lah gerakan-gerakan ‘devide & rule’.

    10. Ada satu bangsa di dunia ini yang membawa konyensyen anti perkauman untuk penerimaan masyarakat dunia, namun tiada bangsa selain bangsa mereka sendiri di terima menjadi rakyat negara mereka.

    Hanya Berikhtiar

    11. Apabila ICJ menetapkan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura, ia nya sangat merugikan negara kita kerana kehilangan hak laut wilayah.

    12. Hujah mereka ia nya kerana selama dalam lebih kurang 100 tahun Malaysia tidak melakukan dengan secukupnya bagi mempertahankan Pulau Batu Putih, mengatasi hujah kedudukan pulau itu lebih hampir dengan Malaysia.

    13. Rondaan, bantahan, tidak berdiam diri apabila di tanya adalah ‘landmark’ (batu asas) bagi mempertahankan pulau itu dan ia nya telah dicuaikan sepanjang tempoh tersebut… satu kesilapan. Bagaimana pula dengan kesilapan kerajaan negeri Kedah terlepas Pulau Mutiara dan Johor kehilangan Singapura, kesilapan demi kesilapan…

    14. Lalu saya mengatakan 100 tahun dari sekarang UMNO merupakan salah satu batu asas bangsa Melayu di tanah ini. Melalui UMNO ada ikhtiar demi menjaga tanah yang dikurniakan Allah swt kepada bangsa Melayu, ia nya tidak patut demi ketuanan Melayu. Tanah ini milik Allah swt untuk kita berbakti dan berlaku adil.

    15. UMNO memiliki peranan sebagai batu asas ini kerana nama nya sudah pasti tercatit di dalam dokumen-dokumen kemerdekaan dan komanwel. Mungkin benar lah UMNO ini parti keramat.

    16. Manakala PAS pula berperanan sangat penting di dalam menambah bilangan, sumber kekuatan kepada peranan UMNO sebagai batu asas tanah Melayu.

    17. Jika di rujuk pada perlembagaan PKR, ia nya akan menjadi bukti berdokumen sama peranan dengan surat M. Seth Bin Saaid, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 21.9.1053 kepada British di dalam kes Pulau Batu Putih.

    18. Dengan sifat tergesa-gesa yang ada pada mereka, hari ini kita mendengar cadangan yang membolehkan terbatalnya peranan UMNO sebagai batu asas tanah Melayu. Mungkin bagi mereka ini pejuangan adalah hanya kemenangan, apabila kalah mereka tidak berapa minat dengan pejuangan asal lalu dicadangkan kononnya penyelesaian yang bagi saya meniru. Satu kesilapan lagi bakal berlaku.

    19. Masih marah dan tidak lagi bersama UMNO, Tun Mahathir melarang penerimaan ahli UMNO ke dalam PH. Biarpun di dalam keadaan sedemikian beliau masih lagi sempat menghalang UMNO dari terus di robek. Generasi kita adalah doktrin beliau, guna kan doktrin itu melalui perlaksanaan semasa untuk kelangsungan UMNO.

    20. Setelah berikhtiar, selain nya adalah urusan Allah swt.

    Sebuah Rumah

    21. Saya ibarat kan UMNO seperti sebuah rumah pada satu ketika dulu indah, kukuh & harmoni. Sesuatu yang manis buat generasi kita kerana sempat berteduh di dalam nya.

    22. Kini rumah ini kelihatan suram, bercompang camping dan penuh kesedihan. Kesilapan demi kesilapan oleh para penjaga nya telah mengundang kebencian dari kalangan generasi kita sendiri. Setiap hari rumah ini di lempar pada nya cacian, kejian serta sumpahan sehingga ia kelihatan begitu usang.

    23. Generasi kita tidak mahu berteduh di dalamnya lagi. Sungguh marah nya mereka kepada rumah ini.

    24. Semoga para penjaga nya ditukarkan agar ia tidak perlu lagi menanggung kepedihan dan kesedihan dari kesilapan demi kesilapan oleh mereka.

    25. Semoga rumah ini akan kembali indah, kukuh & harmoni di siap siaga untuk yang bakal mendatang. Jika tidak sekarang mungkin 100 tahun lagi ia nya kembali menjadi tempat berteduh semangat 1946 untuk mempertahankan batu-batu asas tanah Melayu.

    Pakatan Harapan

    26. Berjuang lah kita semua dengan kepercayaan kita sendiri dan berteduh lah di dalam mana-mana rumah yang kita selesa.

    Saya merayu kepada rakan-rakan segenerasi, memohon dari kalian semua sedikit ehsan untuk dilimpahkan kepada UMNO. Dengan ehsan itu bukan lah untuk menyuruh kalian bertukar rumah untuk berteduh atau memadam benci, tetapi ehsan itu adalah untuk keengganan kalian di dalam tolong menolong dengan mana-mana gerakan halus untuk menghilangkan UMNO, satu-satu nya batu asas tanah Melayu yang hidup.

    Kekal lah dengan ehsan ini meskipun UMNO tiada lagi pemerintahan nya di tanah ini atau seteruk ahli nya tinggal seorang sahaja.

    Saya merasakan ada sesuatu yang sangat penting pada tanah kurniaan Allah swt pada setiap bangsa, tetapi saya tidak mengetahui tentang nya. Sesungguhnya kita tidak mengetahui pekara yang ghaib.

    Jika ia tidak penting kenapa pula kita diizinkan mengangkat senjata menentang mereka yang ingin menghalau kita dari tanah kampung halaman dan keizinan ini adalah sama untuk mereka yang menghalang kita dari mendirikan solah.

    Untuk Diri Saya Sendiri

    27. Saya kini kembali berteduh di rumah yang sedang usang ini, bukan bertujuan untuk menyumbang kekuatan, jauh sekali memulihkan nya.

    28. Saya hanya mahu meletakkan diri saya dalam wadah berikhtiar agar salah satu batu asas tanah Melayu ini dapat berfungsi peranannya di satu masa nanti ketika ia nya diperlukan.

    Kesimpulan

    Baca lah beberapa kali dan buat lah kesimpulan anda sendiri.

    Cinan HSKL 92′

  5. TAK SETUJU LANGSUNG

    kereta minyak habis, tak kan nk beli kereta baru yg ada minyak penuh?
    but we need some1 like him to garner youth support, definitely..
    maybe can get some1 else like him..
    did he purposely, over confident and lantak korang la..
    after tht statement ‘menyesal’?? whattt!!!??

Leave a Reply