Menu Utama

Apakah perlu tindakan menggeledah rumah DS Najib sampai 18jam ?

Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO

Saya ingin melahirkan rasa kekhuatiran saya terhadap tindakan dan pendekatan yang diambil pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak di Jalan Duta tengah malam semalam.

Penggeledahan berterusan melebihi 18 jam yang dibuat oleh hampir 50 – 60 anggota PDRM pada malam tibanya bulan mulia Ramadan memperlihat seakan tiada belas kasihan bagi Dato’ Sri Najib yang sudah pun menyatakan komitmen beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Kekhuatiran saya ini ditambah dengan kenyataan oleh peguam Dato’ Sri Najib yang menyatakan bahawa pihak PDRM terus menggeledah setiap bahagian rumah beliau walaupun dikatakan akan berhenti pada pukul 5 pagi.

Saya menghargai kenyataan YB Nurul Izzah yang turut menzahirkan kekhuatiran beliau berkenaan apa yang berlaku semalam dan saya berasa lega kerana dalam Kerajaan baru Pakatan Harapan ini sekurang-kurangnya ada pemimpin yang mahu memaparkan sifat kesederhanaan mencerminkan budaya Malaysia yang penuh budi pekerti.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempersoalkan hak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan serta konsisten dengan undang-undang negara.

Pun begitu saya berharap segala tindakan tersebut juga mengambilkira bahawa sehingga hari ini, Dato’ Sri Najib bekas Perdana Menteri yang sudah banyak berjasa kepada negara serta menjadi wakil rakyat sejak beliau berumur 23 tahun, belum lagi didakwa di mahkamah lantas wajar diberi layanan yang adil sejajar dengan prinsip “innocent until proven guilty” yang saya yakin turut didukung oleh Pakatan Harapan yang memperjuangkan demokrasi selama ini.
Dalam Malaysia baru ini, saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan penyiasatan secara profesional dan adil menurut lunas undang-undang negara dan bertindak secara bebas bukan di bawah telunjuk atau tekanan sesiapa.

 

SHAHRIL HAMDAN

KETUA PENERANGAN,
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
17 MEI 2018






4 Komen to Apakah perlu tindakan menggeledah rumah DS Najib sampai 18jam ?

  1. esamanja says:

    Sepatutnya mereka perlu berterima kasih kpd DSN kerana mereka mewarisi kerajaan yg ekonominya kukuh. Mempunyi reserve negara yg tinggi dan boleh melaksanakan tindakan popular yg tidak akan menjejaskan ekonomi secara mendadak. Contohnya GST 0 yg boleh mengurangkan pendapatan negara RM 43 bilion. Mekanisme ini boleh membantu kerajaan memantau kutipan jualan dpd dimanupulasi oleh peniaga. Merundingkan penghapusan tol dgn pihak GLC lebih mudah berbanding dgn pihak swasta. Yg mereka perlu pantau ialah hutang. Jangan lah membuat tindakan yg bodoh sehingga menyebabkan penarapan kredit yg bertarap “A” skg ni jatuh. Jika ini berlaku pembayaran faedah akan meningkat.

  2. Ann says:

    DS Najib seorang negarawan bukanya penjenayah. Kenapa PDRM melatah bagai? Ini memberikan gambaran yg buruk kepada imej PDRM itu sendiri.

  3. naz says:

    Sama mcm zaman anuar yg xde diadakan..dan akan menggunakan kuasa polis..kes memali dan penahanan anuar..zalim.

  4. Anon says:

    #TunNotMyPM

    Tun yak pernah berubah cara dan stratedi yg sama dilakukan. Cuma kita lihat sahaja.

    Malaysia sekarang bukan mcm zaman YTun kenakan Anwar cukup2 sampaikan anwar tak dapat pembelaa. Secukupnya.

    Malaysia sekarang adalah malaysia baru yg mana setiap yg berlaku terus ke pengetahuan rakyat.

    Jgn tun tersilap langkah yg akan memakan diri sendiri.

    Selama. Ini semua gerakan mematikan lawan dan musuh tun nampaknya berjaya.

    Kita tengok dunia tanpa sempadan sekarang ini.

Leave a Reply