Menu Utama

Wednesday, May 16th, 2018

 

Harga minyak petrol dan diesel kekal

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan tiada kenaikan harga minyak petrol dan diesel setakat hari ini. Menurut Dr. Mahathir, kerajaan akan menampung subsidi minyak sekiranya harga minyak naik. “Minyak naik turun tiada ada, kalau tak cukup kerajaan akan tampung subsidi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Kontrak 17,000 orang penjawat awam lantikan politik ditamatkan

Kira-kira 17,000 orang penjawat awam berstatus kontrak ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan. “Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Lompat parti wakil rakyat BN dalam PH ditolak

Rakyat tidak mahu parti kerajaan lama yang dipimpin Barisan Nasional (BN) mempengaruhi kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH), tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebab itu kata beliau, PH tidak akan menerima sebarang kemasukan pemimpin parti lawan. “Saya nampak ramai parti lawan yang kalah ini ingin masuk parti-parti PH. Rakyat didapati tidak terima pemimpin-pemimpin dari UMNO dan sebagainya. Sebab itu mereka tidak boleh diterima. “Walaupun mereka boleh keluar dari parti, secara individu (boleh) sokong kerajaan tetapi mereka tidak akan jadi parti kerajaan,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunanBaca Lagi


Kabinet perlu ditubuhkan segera

Kenyataan Media Kami mengalu-alukan penubuhan Kabinet secepat mungkin agar negara boleh terus bergerak seperti biasa. Rakyat di seluruh negara resah dan gelisah kerana walaupun sudah seminggu PRU ke-14 selesai, namun tidak nampak bayangan jelas pembentukan Kabinet. Setakat ini banyak pengumuman dasar dan halatuju kerajaan diumumkan oleh mereka yang bukan menteri dan ini bertentangan dengan tatacara urusan kerajaan. Malah ini juga akan mengundang masalah kerana mereka yang mengumumkan dasar tidak ada legitimasi untuk berbuat demikian. Menjadi harapan kami penubuhan Kabinet berjalan dengan teratur demi kesejahteraan rakyat dan negara. Urusan mentadbir negaraBaca Lagi


Masa Untuk Menstabilkan Negara

oleh Ab Jalil Backer Anwar Ibrahim sudah bebas. Tugas kerajaan hari ini adalah untuk membentuk segera kabinet bagi menstabilkan negara. Pendedahan dokumen, ancaman siasatan, sekatan perjalanan adalah mainan persepsi untuk menggembirakan penyokong. Witch-hunt” hanya menggembirakan penyokong tegar Pakatan dan mengalih pandangan rakyat dari realiti semasa. Ia tidak menyelesaikan masalah rakyat yang menjadi bahan kempen dalam pilihan raya lalu. Ini adalah strategi jangka pendek. Dalam jangka panjang Komuniti perniagaan, para pelabur dan rakyat sedang menunggu hala tuju jelas ke arah mana negara ini.