Menu Utama

May, 2018

 

Kemelut BN Perlis, pecat Azlan tidak wajar – Hishammuddin

Kemelut di Perlis melibatkan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar dan usaha pemecatan beliau selaku anggota UMNO adalah tidak wajar, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, keputusan pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar haruslah dihormati kerana semestinya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah mengambil pertimbangan yang sebaiknya untuk rakyat di negeri itu. Perkara seperti ini tidak boleh berlaku. Setiap daripada pemimpin UMNO harus berjiwa besar dan menampilkan kepimpinan yang terbaik. Dalam keadaan UMNO yang masih dalam proses pemulihan, rakyat sedang memerhati danBaca Lagi


PAKATAN SILAP KERANA GUNA ALASAN ‘LANTIKAN POLITIK’ UNTUK BUANG PENJAWAT AWAM – ZAHID

1. Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan ‘lantikan politik’, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini. 2. Beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni kepada Menteri dan ketua jabatan tertentu. 3. Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah, ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17. 4. Dakwaan bahawa mereka menjadi kroni Menteri juga adalah tidak benar kerana mereka hanya dilantik dengan persetujuan danBaca Lagi


Isu hutang negara : Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini

1. Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) – bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini. 2. Tahap 50.8% adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Mahathir. 3. Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal. 4. Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidakBaca Lagi


Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti mempolitikkan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikannya. Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu siapa yang salah atau siapa yang betul, maka lakukanlah siasatan dengan telus mengikut lunas undang-undang. “Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap- senyap dan fokus. Semasa dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan kemudian membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu. “Dalam siasatan ada prosedur. Seandainya ada pihak yang didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau lakukanlah pertuduhan kepadanya supaya yang dituduh dapat diadiliBaca Lagi


Isu hutang negara : PH masih terbawa-bawa mentaliti pembangkang

oleh Syahir Akhirnya kerajaan menjawab tentang hutang negara RM1 trilion yang disebut-sebut baru-baru ini. Betul seperti telahan saya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM199.1 bilion sebagai hutang negara. Selain itu kerajaan juga mengira komitmen bayaran berkala seperti bayaran sewa, penyelenggaraaan untuk projek pembangunan sekolah, hospital, balai polis di bawah Public Private Partnership (PPP) berjumlah RM201.4 bilion. Kementerian Kewangan juga mengesahkan hutang kerajaan dalam bentuk sekuriti iaitu bon berjumlah RM686.8 bilion (setakat 31 Disember 2017) yang merupakan jumlah hutang rasmi mengikut standardBaca Lagi


Dulu Kata PRU Paling Kotor, Sekarang Bagaimana Pula?

Dulu kata PRU14 adalah yang paling kotor dalam sejarah politik Malaysia, tetapi sekarang mereka yang kata itu sedang menikmati takhta kuasa di Putrajaya. Selongkar balik berita pada Mac 2018, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tuduh dan fitnah bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Mahathir yang kini adalah Perdana Menteri pernah sebut bahawa Najib sedang siapkan taktik untuk pastikan BN menang dalam PRU14 dengan apa jua cara sekali pun. Kenyataan ini disebut Mahathir pada 13 Mac 2018 di Parlimen. Malah 4 bulan sebelum itu, Setiausaha Agung DAP Lim GuanBaca Lagi


1MDB Ni Dulu Pasal RM 42 Billion Lesap Atau RM 7 Billion Bailout?

CERITA pasal 1MDB ini yang rakyat tahu, sehingga dijadikan sebab untuk menumbangkan kerajan BN ialah dakwaan kononnya RM 42 billion wang rakyat lesap melaluinya.  Tak pernah pulak kita tahu ada cerita mengenai bailout sebanyak RM 7 billion seperti yang tiba-tiba diperkatakan pentadbiran sekarang. Lagipun apa maksud bailout bila bercakap tentang syarikat milik penuh kerajaan?  1MDB dulu dan sekarang pun ialah syarikat kerajaan, dimana salah pulak kalau kerajaan menyuntik dana ke dalam syarikat miliknya sendiri?  1MDB bukan macam banyak syarikat swasta seperti Renong, MAS, TNB dan sebagainya dulu yang diambil alihBaca Lagi


Sahara Yaacob tidak akan lupa jasa Najib dan BN

Sahara sayu terkenang pengalaman bersama Najib Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 menyebabkan berakhirnya hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sejak April 2009. Beliau kemudian diganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh apabila Pakatan Harapan (HARAPAN)memperoleh mandat daripada rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku dalam kerajaan dan negara. Bagaimanapun, berbanding majoriti rakyat yang menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir dan HARAPAN, penyanyi Sahara Yaacob mempunyai pendirian tersendiri mengenai Najib. Kata Sahara, 62, mana mungkin dia melupakan budi baik pernah diberikan Najib sebelum ini. Justeru hinggaBaca Lagi


UMNO harap polis akan pulangkan dananya

UMNO berharap pihak polis akan memulangkan wang yang dirampas dari bekas presidennya minggu lepas, kepada parti itu kerana ia merupakan sebahagian daripada dana parti. UMNO dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, dana parti dan baki sumbangan kempen itu sedang dalam proses untuk dipindahkan kepada kepimpinan baru parti sejurus peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden UMNO. “Secara umumnya, Presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk UMNO termasuk dana bagi Pilihan Raya Umum. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan parti,” kata kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut turutBaca Lagi


Tindakan kerajaan Pakatan Harapan ganggu pasaran kewangan – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tindakan kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan bahawa nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 65 peratus dan hutang negara lebih RM1 trilion tanpa memberikan perincian, menyebabkan pasaran kewangan terganggu. Najib dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau semalam berkata, tindakan sebegitu hanya menakutkan agensi penarafan kredit dan menghilangkan keyakinan pelabur terhadap institusi negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM). Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar perlunya untuk mewujudkan garis pemisah yang jelas antara mainan politik dan fakta. “Mencampur adukkan keduanya akan menimbulkan keraguan tentangBaca Lagi