Menu Utama

Tan Seng Giaw digelar ‘anjing suruhan’ kerana bercakap benar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar anggota parti pembangkang DAP kerana menggelar pemimpin setia dan veteran DAP Dr Tan Seng Giaw sebagai seorang pengkhianat dan ‘anjing suruhan’.

Dalam catatan terbaru beliau di Twitter, Najib memetik satu artikel dalam sebuah akhbar tempatan dan berkata “amat menyedihkan melihat seorang ahli politik veteran dan berprinsip telah dihina hanya kerana beliau berpegang pada kebenaran”.

“Jika beginilah cara DAP melayani orang mereka sendiri, boleh dibayangkan bagaimana mereka akan melayani rakan-rakan ‘sementara; mereka sekiranya mereka berkuasa,” soal beliau.

Dalam artikel bertajuk ‘DAP loyalist branded ‘running dog’ for speaking truth’ (pemimpin setia DAP digelar ‘anjing suruhan’ kerana bercakap benar) diterbitkan pada Khamis, Seng Giaw turut mempersoalkan rasional dan motif disebalik tindakan anggota DAP melabelkan beliau sebagai “anjing suruhan” dan pengkhianat parti.

Dilaporkan Seng Giaw didakwa telah tidak disenangi oleh pucuk pimpinan DAP kerana pada 2016, sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, beliau telah menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seng Giaw juga mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung pengurusan alam sekitar. – BERNAMA





« (Previous News)
(Next News) »



Leave a Reply