Menu Utama

Ringkasan Politik PRU14 (Bahagian 1)

oleh Ab Jalil Backer

1. Duit 1MDB diseleweng Najib Razak.

– Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan dana politik yang dalam akaun Najib Razak adalah dari keluarga di raja negara itu. Kehadiran Raja Arab Saudi, kebenaran Najib Razak masuk ke dalam kawasan makam Rasululllah s.a.w dan penubuhan Institut Keamanan King Salman di Putrajaya membuktikan hubungan baik antara Najib Razak dan keluarga Di Raja Arab Saudi tersebut.

Adakah semua ini akan berlaku jika Najib Razak menipu mengenai sumbangan dari keluarga di raja sedangkan ia telah tersiar di seluruh dunia? Tentulah tidak.

Hubungan yang akrab ini menunjukkan dana politik tersebut adalah benar.

2. GST.

Malaysia memperkenalkan sistem percukaian barangan dan perkhidmatan sebanyak 6% menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan selama berpuluh tahun lamanya dengan kadar antara 6-10%.

Bezanya GST dimaklumkan kepada pembayar, SST selalunya telah disembunyikan dalam harga.

GST melalui sistem komputer yang memastikan ia sampai kepada dana kerajaan, SST sering kali masuk dalam kantung peniaga walaupun dicaj dalam harga yang dijual.

GST telah dilaksanakan di hampir 170 buah negara di dunia dan dianggap sebagai kaedah percukaian moden yang mampu menstabilkan inflasi dalam jangka masa panjang dan menaikkan penarafan kewangan negara.

GST adalah sistem yang diamalkan oleh majoriti negara di dunia. Mustahil kerajaan BN membuat sesuatu yang tidak betul dengan mengamalkan sistem percukaian bertaraf antarabangsa.

3. Rasionalisasi subsidi.

Ia diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampan. Kenaikan harga bahan bakar dan beberapa barangan yang disubsidi di peringkat dunia menyebabkan negara tidak lagi mampu menampung subsidi bahan bakar, gula, minyak masak secara pukal.

Namun pada tahun ini sahaja sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

Manakala RM26 bilion untuk perkhidmatan kesihatan dan berpuluh bilion lagi untuk pendidikan.

4. BR1M

BR1M diperkenalkan sebagai pemberian subsidi bersasar bagi ganti subsidi pukal bahan keperluan seperti petrol dan gula.

Ia diberi kepada golongan B40 bagi mengurangkan beban kenaikan harga barang yang termasuk dalam rasionalisasi subsidi. BR1M yang diberikan mencukupi untuk menampung perbezaan harga kenaikan tersebut bukan kos keseluruhan barangan tersebut.

Apabila GST diperkenalkan, kerajaan meningkatkan pemberian BR1Msupaya ia turut membantu B40 mengurangkan beban pengenalan GST.

Pemberian BR1M mencukupi untuk isu rumah B40 menampung perbezaan kos kehidupan asas. Perlu diingat perbezaan kos bukan menampung keseluruhan kos. Menampung keseluruhan kos hidup adalah tanggungjawab kita sebagai manusia.

Di negara-negara lain tidak ada sistem bantuan yang sistematik seperti ini dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup akibat inflasi dunia. Ingatlah inflasi yang berlaku bukan di Malaysia sahaja tetapi fenomena seluruh dunia.

Semua kos ini sudah meningkat berpuluh kali ganda dari 90-an. Kita tidak boleh hidup dalam nostalgia lagi.

Kesimpulan

Dalam ekonomi dunia rentas sempadan hari ini, Barisan Nasional cuba mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai ekosistem ekonomi yang mampan.

Sebab itu berbanding 1997/98, negara tidak terkesan teruk dengan krisis ekonomi 2009 dan kejatuhan harga minyak dunia 2014.

Namun kerana kerajaan berupaya menyerap krisis ekonomi dengan baik, jelas sebahagian kita tidak menghargai.

Kita sebenarnya patut berbangga kejayaan kerajaan menstabilkan ekonomi negara dan mengurangkan implikasi kepada rakyat ketika krisis ekonomi beberapa tahun lalu.

Malangnya mereka lebih suka terjadi kekacauan dan kesusahan seperti 1997/98 sebelum kerajaan menyelamatkannya.

Kita lebih ingat bila terhantuk dan siapa yang meletak ubat. Kita selalu lupa orang yang membantu kita melalui jalan lebih mudah.

Hari ini kita lupa daratan; seolah-olah Malaysia ini negara terhebat di dunia dan mesti berada di tangga teratas dalam apa bidang pun.

Hakikatnya tidak ada kerajaan lain dengan sumber yang hampir sama dengan kita, mampu melakukan apa yang Kerajaan BN lakukan hari ini.

Malah ada negara yang mempunyai sumber lebih baik pun tidak memberikan perhatian kepada kebajikan rakyat seperti mana yang kerajaan BN lakukan.

Ukurlah baju di badan sendiri.






Satu Komen to Ringkasan Politik PRU14 (Bahagian 1)

Leave a Reply