Menu Utama

Rafidah Aziz Yang Meracau

oleh Ab Jalil Backer

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, Rafidah Aziz mendakwa kesemua tanah milik Kementerian Pertahanan (Mindef) diswastakan dengan pajakan 40 tahun kepada sebuah firma milik tiga individu pada penghujung 2008.

Beliau kemudian menukar kepada penghujung 2007 setelah menyedari beliau bukan lagi anggota kabinet pada penghujung 2008.

Dalam membuktikan hal tersebut beliau memetik Borneo Post pada Jun 2016 yang melaporkan Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussien berkata “”Para pegawai kementerian telah diminta untuk mengenal pasti tanah kosong dan tidak digunakan kementerian untuk dipajakkan kepada pihak yang berminat bagi penanaman tanaman seperti beras, jagung, dan lain-lain.”

Apa yang Rafidah tidak sedar ialah laporan tersebut sendiri menafikan tuduhan bahawa semua tanah Kementerian Pertahanan telah dipajak kepada sebuah syarikat sahaja pada penghujung 2007.

Adakah Rafidah keliru antara tahun 2016 dan 2007?

Jika usaha membangunkan tanah Kementerian Pertahanan hanya dibincangkan pada 2016, bukankah ia sekaligus menafikan dakwaan bahawa ia berlaku pada 2007?






Leave a Reply