Menu Utama

Putar belit kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Malaysiakini biadap dan kurang ajar

1. Saya merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan oleh portal pro – pembangkang Malaysiakini dimana portal ini berniat jahat dengan memutar-belit kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Didalam artikel yang bertajuk “Best not to vote if you can’t get leave, Zahid tells M’sians in S’pore’ Malaysiakini telah memberi persepsi konon-nya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi.

Rujukan : https://m.malaysiakini.com/news/419760

Rujukan : Yoursay: Don’t let them steal the election, come back to vote
https://m.malaysiakini.com/news/419886

2. Malah tajuk artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini juga tidak tepat dan sengaja dibuat untuk membangkitkan perasaan benci rakyat Malaysia terhadap kerajaan. Ingin saya tegaskan kenyataan TPM adalah amat jelas dan terang sekali iaitu terpulang pada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sama ada mahu pulang untuk mengundi atau tidak. Kerajaan terbuka dalam hal ini kerana negara ini adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan semua orang mempunyai hak untuk mengundi.

3. Bukan itu sahaja, Malaysiakini juga menipu dengan mengatakan bahawa terdapat 250,000 ribu orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Angka yang dikeluarkan oleh Malaysiakini langsung tidak disertakan dengan bukti untuk menyokong kenyataan mereka. Mereka hanya mengambil jalan mudah dengan memutar – belit fakta untuk mewujudkan ketegangan antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi kehendak dan kepentingan beberapa pihak. 

4. Saya juga ingin menegaskan bahawa putar – belit Malaysiakini konon kerajaan menghalang rakyat Malaysia dari pulang mengundi adalah juga tidak benar. Kerajaan menggalakkan semua rakyat Malaysia tidak kira dimana – mana untuk keluar mengundi pada PRU – 14 yang akan datang. Memandangkan Malaysiakini terbukti mengeluarkan artikel palsu dan berniat jahat, saya ingin merayu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini.

5. Malaysiakini juga sudah terbukti melanggar  Akta Anti-berita Tidak Benar yang baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat.Perkara ini perlu dilakukan dengan segera kerana saya yakin selepas ini lebih banyak penipuan, putar belit dan berita palsu akan diterbitkan oleh Malaysiakini untuk mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian negara. Sebelum perkara ini menjadi lebih parah dan tidak terkawal, ianya wajar dihentikan serta merta.

Terima Kasih

*_Datuk Huan Cheng Guan_*
*_Timbalan Presiden_*
*_Parti Cinta Malaysia (PCM)_*



« (Previous News)



Leave a Reply