Menu Utama

Pulang Kereta Rasmi Bukan Bukti Intergriti Tapi Drama Tahap Tinggi

PENULIS sama seperti dengan beberapa yang lain pada mulanya agak “teruja” dengan tindakan Menteri Besar Selangor dan Exco “Pakatan Rakyat”nya, memulangkan kenderaan rasmi masing-masing sebaik DUN negeri Selangor dibubarkan pagi tadi.

Rasa terujalah pasal tak pernah dengar dibuat orang.  Yang bubar DUN saja, kerajaan negeri dari segi undang-undangnya masih berjalan dan kenderaan rasmi tu adalah kenderaan kerajaan, bukan kenderaan DUN.

Tapi keterujaan itu mula hilang bila difahamkan ada pulak babak Azmin balik rumah naik Grab sebaik memulangkan kenderaan itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.  Sebagai Menteri Besar bergaji paling tinggi dari Perdana Menteri disamping beberapa kereta mewah dibawah pemilikannya (langsung atau tidak langsung), apa kes Azmin balik rumah naik Grab?

Bertambah penulis rasa ditipu bila difahamkan bahawa Azmin hanya pulang kereta, gaji dan banyak perkara yang lain selayaknya sebagai Menteri Besar masih diterima macam biasa.

Oh, penulis memang kena tipulah ni – hari kedua berturut-turut setelah menonton filem Duku* semalam.  Patutlah Ketua Menteri satu lagi negeri diperintah Pakatan di Pulau Pinang, tidak berbuat perkara yang sama, hanya di Selangor saja.  Kelantan pun takde – bercakap pasal negeri yang diperintah pembangkanglah.

Ini bukan intergriti ni, ini adalah drama tahap tertinggi kata penulis dalam hati.  Tahu dah tak selamat di Gombak dan Bukit Antarabangsa tanpa undi penyokong PAS yang disingkir DAP dari Pakatan, Azmin kena banyak main wayang untuk tarik undi simpati rakyat – macam Mahathir jugaklah.

Masalahnya, orang kita memang suka wayang walaupun tahu kena temberang – macam penulislah semalam.






2 Komen to Pulang Kereta Rasmi Bukan Bukti Intergriti Tapi Drama Tahap Tinggi

  1. Samsiah samsi says:

    Gaji tak pulangkan pulak apasal.. suda bubar ma

Leave a Reply