Menu Utama

Propagandan Pakatan Harapan mengenai pelaburan China.

Semakin hampir kita dengan pilihanraya umum yang ke-14 (PRU-14), semakin banyak propaganda disebarkan oleh pembangkang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Kisah Barisan Nasional (BN) menjual kedaulatan negara kepada China kini tersebar semula di media sosial.

Propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenarnya tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65.0 billion. Ini lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).
Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun.

Menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja.

Jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia. Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur 7 bilion US Dollar (RM27 bilion) di dalam Projek RAPID Pengerang. Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia.

Rakyat Malaysia sepatutnya berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.

Berita palsu yang disebarkan oleh pembangkang boleh menjejaskan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan kita sendiri. Sekiranya pelaburan masuk ke Malaysia terjejas, tidak banyak pekerjaan boleh dicipta untuk rakyat Malaysia seterusnya mengurangkan peluang untuk menjana pendapatan.

Bagi pembangkang mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuklah mensabotaj ekonomi negara dan rakyat.

Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing. Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini.

*Abdul Rahman Dahlan*
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional






2 Komen to Propagandan Pakatan Harapan mengenai pelaburan China.

  1. geekpuk2 says:

    Apa itu definasi ‘pelaburan”

    Projek Cina banyak melibatkan hartanah dan infrastruktur. Bukan sahaja dengan pihak kerajaan tetapi juga dengan swasta dan Raja.

    Macam ECRL. Sudah pasti bukan pelaburan sebab kita bayar balik RM 55 bllion campur faedah . Kita dapat tempoh bayar balik yang panjang.

    Ini berkat hubungan erat UMNO dan Parti Komunis Cina

Leave a Reply