Menu Utama

Pengajaran dan tauladan disebalik wanita terjun jambatan

oleh Kang Nasir

Alhamdulillah. Allah Panjangkan umur kamu dik.
Semoga Allah berkati rahmati Polis bantuan Zaidi Salleh yang jadi penyelamat. 45 minit bertarung nyawa terjun untuk selamatkan kamu yang terjun dari jambatan.
http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/45-minit-bertarung-nyawa-selamatkan-wanita-terjun-jambatan-1.652077

Semoga Allah tunjukkan pada kita semua dijalan yang diredhai Nya. Saya tak salahkan majority umat islam sekarang bertindak melulu mengikut nafsu. Sedangkan dalam masjid ada #PakLebai tahfiz yang kufur pun menghasut mengajak makmum ikut kufur inikan rakyat marhaen yang sememangnya perlu nasihat dan dididikan.

Dan saya juga tak salahkan sahabat semua khususnya saudara mukmin kerana kita sekarang sudah tidak diajar oleh kebanyakan ulama kearah kebaikan dengan menjadikan islam sebagai amalan. Malah mereka mengajak kita kufur tidak redha dengan Qada dan Qadar. Maka itulah ramai umat islam hilang akal hilang pedoman bertindak melulu menuruti hawa nafsu.

Klip rakaman pada pautan ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1800565013332992&id=465342536855253

Nasihat saya. Jangan sampai berputus asa. Kerana Allah haramkan kita berputus asa dengan rahmatNya kerana berputus asa dengan rahmat Allah itu kufur, apatah lagi sampai membunuh jiwa sendiri. Kerana matinya sama dengan mati orang kafir. Na'uzubillah. Semoga Allah teguhkan iman kita.

Anda sendiri sepatutnya boleh bezakan yang mana ulama dan ustaz yang mengajak kita beramal dengan amalan islam menjadikan islam sebagai amalan dengan ustaz yang kufur berputus asa dengan rahmat Allah tidak redha dengan Qada dan Qadar lalu menghasut kita dengan mencaci mencela pemerintah mengajak kita ikut sama kufur.

Sebenarnya Allah larang kita melulu ikut nafsu buat kerja bodoh tu.
Allah swt berfirman:
ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻘْﺘُﻠُﻮﺍ ﺃَﻧْﻔُﺴَﻜُﻢْۚ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺎﻥَ ﺑِﻜُﻢْ ﺭَﺣِﻴﻤًﺎ
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allâh adalah Maha Penyayang kepadamu.”
(An-Nisa’ : ayat 29)

Imam Al-Baghawi rahimahullah berkata, “Firman Allâh Azza wa Jalla (yang artinya), ‘Dan janganlah kamu membunuh dirimu’ , Abu ‘Ubaidah Radhiyallahu anhu berkata, ‘Kamu jangan membinasakan dirimu’, sebagaimana firman Allâh Azza wa Jalla ‘Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan’ (Al-Baqarah/2:195). Ada juga yang mengatakan, ‘Janganlah kamu membunuh dirimu dengan memakan harta secara batil’. Ada juga yang mengatakan, ‘Allâh Azza wa Jalla menghendaki agar janganlah seorang Muslim membunuh dirinya sendiri’. [ Tafsir al-Baghawi , 1/602]

Usahkan sampai bunuh diri. Sedangkan BERPUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH itu pun sudah mendekati kekafiran kerana kekufuran.
“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
(Yusuf : ayat 87)

Allah sayang pada kita. Allah uji kita setakat yang termampu oleh kita. Yang membuatkan kita mudah berputus asa itu kerana NAFSU kita cenderung menuruti nafsu.
“Katakanlah, “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.”
(Az Zumar: ayat 53)

Jom dik Ajak ayah ibu sanak sedara sahabat handai #UndiBN. Dalam #ManifestoBNPulauPinang untuk kebaikan kesejahteraan seluruh rakyat. In'shaa Allah. Kekalkan BN ISLAM terpelihara.

Berita lain dipautan ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/413701/gadai-nyawa-selamatkan-wanita-terjun-jambatan
GEORGETOWN: Seorang anggota polis bantuan sanggup menggadai nyawa terjun hampir 20 meter bagi menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dari Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS) di sini,

Jika anda bertanya kenapa perlu dijadikan bahan politik.
Jawapanya mudah. Jika politik tidak ikut islam yang sebenar lihat saja kesan mudarat pada ummah.

JOM #KitaUndiBN.



« (Previous News)



Leave a Reply