Menu Utama

Pasal Kedai Roti Pun Mahathir Sanggup Menipu, Apatah Lagi Hal Negara

Penutupan rangkaian kedai roti The Loaf memberi kesan yang sangat besar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Orang ramai bertanya jika berniaga kedai roti pun boleh tutup, apa yang boleh beliau buat untuk negara lagi pada usia 90-an?

Selama 22 tahun Mahathir diselamatkan oleh kantung negara, tidak mustahil jika beliau masih Perdana Menteri, The Loaf akan diselamatkan oleh mana-mana GLC.

Selama 22 tahun Mahathir mengurus negara kita menyaksikan kerugian Bank Bumiputera, Perwaja,
Maminco, MAS, Proton, Bakun (terpaksa diselamatkan), E-Village, Sukan Komanwel, Bank Negara (rugi RM 30 bilion).

Di bawah pentadbiran beliau juga, kadar faedah PTPTN dicaj sebanyak 4%, Tenaga Nasional Berhad diperdaya perjanjian berat sebelah dengan IPP, kerajaan diminta menjamin keuntungan pemegang konsesi tol dan kenaikan tol tiga tahun sekali sebanyak 10% setiap kenaikan.

Dengan kata lain, dari perniagaan besar sehingga kecil, ia akan mendatang masalah apabila diberi kepada Mahathir. Apakah kita akan bagi lagi peluang kepada beliau menjadi Perdana Menteri?

Namun yang lebih melucukan hari ini Mahathir menafi memiliki sebarang pegangan dan pemilikan dalam rangkaian kedai roti The Loaf.

Sangat melucukan dan memalukan. 10 tahun lalu beliau dengan bangga menjelaskan perancangan untuk The Loaf, hari ini beliau menafikan mempunyai sebarang kepentingan dan kaitan.

Cukup-cukuplah berbohong Mahathir. Jika berkenaan kedai roti pun kamu sanggup menipu, apatah lagi berkenaan hal negara.

Berapa banyak penipuan Mahathir hendak lakukan di penghujung usianya? Atau Mahathir sudah nyanyuk? Yang mana pun, jelas beliau tidak layak diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

PETIKAN UTUSAN 22 JANUARI 2008

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Kedai roti, The Loaf, belum bersedia untuk francaiskan perniagaan tersebut, walaupun menerima banyak permintaan daripada usahawan tempatan.

Pemiliknya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mungkin mengambil sedikit masa lagi untuk berbuat demikian bagi memastikan dua cawangan The Loaf di Telaga Harbour Marina di Langkawi dan di Pavilion, Bukit Bintang di sini berjaya menjadi sebuah jenama kedai roti yang kukuh di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu juga tidak menetapkan sebarang tempoh untuk francaiskan The Loaf.

‘‘Saya memang menerima banyak permintaan supaya The Loaf difrancaiskan tetapi saya perlu bergerak secara berperingkat-peringkat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan cawangan kedua The Loaf di Pavilion, di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Pembukaan The Loaf di Pavilion oleh syarikat milik Mahathir bersama Motocorp Consolidated di bawah nama M&M Consolidated Resources Sdn. BHd. (M&M) itu membabitkan pelaburan sebanyak RM3 juta.

The Loaf merupakan kedai roti yang menggunakan teknik tradisional Jepun dalam penghasilan roti dan pastri yang kini boleh didapati di Malaysia.

Dr. Mahathir berkata, The Loaf adalah kedai roti yang berkonsepkan gaya hidup sihat kerana menawarkan roti dan pastri yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport khas dari Jepun dan Eropah serta bebas dari kimia dan pengawet.

Pengarah Urusan M&M, Jiro Suzuki pula berkata, beliau menetapkan sasaran jualan The Loaf di Pavilion sebanyak RM1 juta sebulan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/the-loaf-belum-sedia-francais-perniagaan-1.311043#ixzz5CcDkrd8a
© Utusan Melayu (M) Bhd

PETIKAN THE STAR 14 APRIL 2018

Dr M: I do not own The Loaf
NATION
Saturday, 14 Apr 2018

10:48 AM MYT
by loshana k shagar

BUKIT KAYU HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad has denied owning a stake in lifestyle bakery and bistro The Loaf, which ceased operations on Thursday (April 12).

“I only have 200 unit shares with a tobacco company and also with PNB (Permodalan Nasional Berhad), and even that was awarded to me when I launched their products when I was the Prime Minister,” he told reporters after a ceramah at Felda Bukit Tangga here on Friday (April 13).

The premium bakery founded by Dr Mahathir ceased operations of its 12 outlets nationwide after 12 years.

Many media reports over the years have identified Dr Mahathir as one of the owners of The Loaf, via a joint venture company that runs the upmarket bakery.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/14/dr-m-i-do-not-own-the-loaf/#osgd5j1z7k0pOf24.99






Satu Komen to Pasal Kedai Roti Pun Mahathir Sanggup Menipu, Apatah Lagi Hal Negara

Leave a Reply