Menu Utama

Wanita Muda Antara Calon BN KEDAH

Oleh Ab Jalil Backer

Pada usia 45 tahun, Senator Shahanim Mohd Yusof, dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Sungai Petani untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Mencalonkan seorang calon wanita untuk kerusi Parlimen di negeri yang agak konservatif bukan laluan mudah.

Suatu ketika dahulu beliau pernah berselisih faham dengan saya, namun saya percaya beliau antara tokoh muda yang mampu merampas semula Parlimen Sungai Petani dari PKR.

Shahanim pernah menjadi Naib Ketua Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Kedah.

Selain Shahanim, BN Kedah turut mencalonkan wanita di DUN, Suraya Yaakob (Sungai Tiang), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan seorang muka baharu Norma Awang (Sungai Limau).

Noor Sabrina misalnya baru berusia 39 tahun ketika dicalonkan semula hari ini. Beliau antara orang muda yang dicalonkan dalam pilihan raya lalu pada usia 34 tahun. Beliau menang kerusi Bandar Baru dan kemudiannya dilantik EXCO Negeri Kedah.

Sekalung tahniah kepada BN Kedah bukan sahaja berani mencalonkan wanita tetapi juga sebahagian besar merupakan wanita muda.


Berikut senarai penuh calon-calon BN Negeri Kedah:

P.04 LANGKAWI
DATUK NAWAWI AHMAD
Ayer Hangat – Datuk Mohd Rawi Abd Hamid
Kuah – Nor Saidi Nanyan

P.05 JERLUN
DATUK SERI OTHMAN ABDUL AZIZ
Kota Siputeh – Ahmad Azhar Abdullah
Air Hitam – Datuk Abu Hasan Sharif

P.06 KUBANG PASU
DATUK MOHD JOHARI BAHAROM
Bukit Kayu Hitam – Datuk Ahmad Zaini Japar
Jitra – Datuk Aminnudin Omar

P.07 PADANG TERAP
DATUK SERI MAHDZIR KHALID
Kuala Nerang – Datuk Badrolhisham Hashim
Pedu – Kama Noriah Ibrahim

P.08 POKOK SENA
DATUK SAID ALI SYED RASTAN
Bukit lada – Datuk Arifin Man
Bukit Pinang – Mohammad Nawar Ariffin
Derga – Datuk Dr Cheah Soon Hai

P.09 ALOR SETAR
DATUK YOO WEI HOO
Suka Menanti – Datuk Seri Ahmad Bashah
Kota Darul Aman – Tan Eng Hwa
Alor Mengkudu – Abdul Malik Saad

P.10 KUALA KEDAH
DATUK ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN
Anak Bukit – Johari Aziz
Kubang Rotan – Datuk Abdul Mutalib Harun
Pengkalan Kundor – Datuk Halim Said

P.11 PENDANG
DATUK OTHMAN ABDUL
Tokai – Fatahi Omar
Sungai Tiang – Datuk Suraya Yaacob

P.12 JERAI
DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM
Guar Chempedak -Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail
Sungai Limau- Datuk Norma Awang (Calon Baru)
Gurun – Datuk Boey Chin Gan

P.13 SIK
DR MANSOR ABDUL RAHMAN
Belantik – Datuk Tajudin Abdullah
Jeneri – Mahadzir Abdul Hamid

P.14 MERBOK
DATUK TAJUL URUS MAT ZIN
Bukit Selambau – Datuk Jaspal Singh
Tanjung Dawai – Annuar Ahmad

P.15 SG PETANI
DATUK SHAHANIM MOHD YUSOF
Pantai Merdeka – Datuk Ali Yahya
Bakar Arang – Ko Hu Weng
Sidam – Tan Kok Seong

P.16 BALING
DATUJ SERI ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Bayu – Mohd Noor Mohamed Amin
Kupang – Datuk Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil – Mohd Khairul Azhar Abdullah

P.17 PADANG SERAI
DATUK DR LEONG YONG KONG
Merbua Pulas -Datuk Asmadi Abu Talib
Lunas – Thuraisingam KS Muthu

P.18 KULIM / B.BAHARU
DATUK ABDUL AZIZ SYEIKH FADZIL
Kulim – Chua Tiong Ghee
Bandar Baharu – Datuk Nor Sabrina Mohd Noor

#Jom #BersamaBN #HebatkanNegaraKu






Leave a Reply