Menu Utama

Mudahnya DAP ‘bonekakan’ Tun M untuk kaburi mata orang Kedah, Langkawi

MALAM tadi, bekas Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Parlimen Langkawi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengumuman itu bukan mengejutkan kerana khabar angin bekas Perdana Menteri itu akan kembali ke gelanggang pilihan raya umum di kawasan itu sudah lama bertebaran.

Begitu juga dengan sentimen dan nostalgia, bahawa kononnya beliau seorang sajalah yang sangat berjasa kepada penduduk sudah lama dimainkan pembangkang.

Namun begitu di sebalik keghairahan dan keterujaan gabungan pembangkang PKR itu mengumumkan nama Dr. Mahathir itu malam tadi yang menjadi tanda tanya adalah kehilangan kelibat pemimpin DAP.

Persoalannya di mana wakil pemimpin DAP di pentas itu? Mana penasihatnya, Lim Kit Siang? Mana setiausaha agungnya, Lim Guan Eng? Atau sesiapa sahaja wakil mereka?

Sedangkan untuk majlis yang kononnya begitu bersejarah untuk pembangkang tersebut kesemua wakil parti sekutunya harus berada di pentas yang sama.

Apatah lagi semua pemimpin gabungan didalangi DAP itu ada, baik dari PKR mahupun PAN.

Ironinya, itu bukan kali pertama DAP tiada di pentas ceramah pembangkang itu.

Begitu juga, ketika ceramah gabungan pembangkang PKR itu di seluruh Kedah sejak kebelakangan, juga tanpa kelibat pemimpin DAP.

Daripada Felda ke darat sehinggalah ke pulau, tiada pemimpin DAP? Jujurnya, bukan sukar untuk menilik strategi pembangkang ini.

Kedah adalah ‘buah hati’ orang Melayu. Hampir keseluruhan kawasan Dewan Undangan Negerinya (DUN) mempunyai majoriti orang Melayu.

Begitu juga di Langkawi lebih 90 peratus pengundinya adalah orang Melayu.

Bukan lagi rahsia, DAP tidak mempunyai sokongan kuat terutama dalam kalangan orang Melayu di Kedah malah dua kerusi (terutama Derga) yang disandang

mereka ketika ini juga pada tahap nyawa-nyawa ikan.

Demikian juga, DAP amat menyedari bahawa pengundi Melayu di Kedah tidak akan menyokong mereka.

Malah orang Kedah tidak akan lupa apa yang pernah dilakukan DAP ketika pembangkang mentadbir Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Gabungan pembangkang PKR itu menyedari bahawa untuk seketika ini DAP tidak boleh diserlahkan kelibat mereka di Kedah kerana dikhuatiri menjentik

nostalgia kemarahan orang Kedah kepada parti itu sebelum ini.

Barangkali, pemimpin DAP itu juga masih takut untuk berhadapan dengan orang Kedah?

Bagi DAP, pemimpinnya sudah boleh goyang kaki dan menonton sahaja dari jauh melihat ‘boneka-boneka’ ini melaksanakan misi mereka.

Jujurnya, adakah orang Kedah khususnya orang Langkawi ingin membenarkan pertualangan ini? – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Mudahnya DAP ‘bonekakan’ Tun M untuk kaburi mata orang Kedah, Langkawi

Leave a Reply