Menu Utama

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada
para pemandu teksiterhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada
13 April, Suruhanjaya Pengangkutan AwamDarat (SPAD) ingin
memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana
SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan
(dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad
bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti
yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan
pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat
dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat
pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan
diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan
Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu
teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk
pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh
negara.

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial
yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas
diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.”
Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil
kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada
13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah
diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan
teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar
berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada persatuanpersatuan pemandu dan seluruh pemandu
teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari
www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

LAMPIRAN

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula
Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16-18 April sila hadir di
Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula
Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi






Satu Komen to MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA

Leave a Reply