Menu Utama

Jangan Percaya Pada Janji Pembangkang Yang Kuat Main Wayang

Janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto untuk PRU14 adalah janji realistik tapi janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka adalah janji wayang sahaja. Hari ini tengoklah sendiri, pembangkang pun malu hendak cakap mengenai manifesto mereka sendiri.

Pengundi di negara ini jangan percaya dengan janji yang dibuat pembangkang kerana ia dirangka oleh barisan pemimpin yang penuh sifat suka berdrama dan suka buat wayang. Paling kuat main wayang ialah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sudah mencuba macam-macam watak.

Awal-awal jadi MB, berlakon turun longkang bersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes tapi hasilnya negeri Selangor tetap rekodkan jumlah kes paling tinggi denggi di negara ini. Azmin dulu buat wayang, kononnya bantu penduduk basuh baju, bersihkan kawasan pembuangan sampah padahal semua itu gimik belaka.

Dalam tandas pun Azmin buat aksi wayang aiskrim selama 45 minit. Aksi itu betul tetapi dikata wayang oleh Azmin. Azmin memang hebat kalau hendak memilih waktu terbaik untuk main wayang. Ketika kes skandal tanah di Ijok terbongkar dan beberapa orang mula ditahan SPRM dan pejabat beliau diserbu, Azmin tiba-tiba membalut lehernya dengan alasan tercedera sebab kemas rumah hendak sambut cucu baru.

Takkan Menteri Besar, kemas rumah sampai terbongkok-bongkok vakum keliling rumah sana sini? Ini semua wayang sahaja.
 
Selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lancar manifesto BN ‘Hebatkan Negaraku’ dan umum pertambahan BR1M pada 7 April lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil, Azmin pun cetuskan drama dengan mempersoalkan pemberian itu menuduh Najib salah apabila menambah peruntukan kerajaan selepas Parlimen dibubarkan.

Azmin pertikai kesahihan kerajaan sementara BN yang menggandakan jumlah BR1M dalam manifesto dalam akhbar The Star pada 8 April 2018. Dakwanya, kerajaan sementara selepas Dewan Rakyat dibubarkan hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya. Tidak boleh buat janji baru.

Kemudian, Azmin dikecam netizen kerana tidak faham Perlembagaan Persekutuan. Pengumuman Najib melibatkan penambahan BR1M selepas tarikh mengundi iaitu pada 9 Mei, bukannya BR1M diberikan lebih awal sebelum hari mengundi. Rakyat yang suka BR1M marah pada Azmin yang buat kenyataan bodoh.
 
Akibat malu, beliau kemudian buat wayang dengan memulangkan semula kereta rasmi Kerajaan Negeri Selangor pada 9 April kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudian minta wartawan tulis berita bertajuk “Azmin Ali Pulangkan Kereta, Balik Naik Grab”. Jelas terlihat wayang yang dibuat oleh Azmin.

Ada sesiapa nampak Azmin naik Grab selepas 5 hari kereta dipulangkan? Tidak ada pun. Itu semua wayang sahaja.

Hanya pulangkan kereta sahaja, tapi Azmin tidak kosongkan Kediaman Rasmi Menteri Besar, masih menikmati gaji serta emolumen yang diterima sebagai Menteri Besar. Jika benar ingin kelihatan telus, pulangkan segala-galanya sehingga kerajaan baru dibentuk selepas PRU14 nanti.

Tidak lama selepas itu, Azmin buat wayang dengan umumkan pemberian bonus lebih daripada tiga bulan gaji kepada penjawat awam di Selangor jika PH kekal mentadbir negeri itu selepas pilihan raya. Lupakah Azmin beliau mempersoalkan Najib ketika mengumumkan pertambahan BR1M. Sah kah apa yang Azmin umum itu?

Azmin begitu fokus untuk buat wayang terbaru sampai kelemahan pentadbiran Selangor dibiarkan terus tanpa diselesaikan. Nasib peneroka di Ijok dalam skandal tanah Ijok tidak dipedulikan oleh Azmin. Malah Azmin buat wayang tikam tikam peta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Rakyat masih lagi ingat Azmin pernah umum hendak beri bonus tiga bulan dalam Bajet Selangor 2018, namun selepas itu umumkan bahawa dua bulan bonus sudah dibayar. Bermakna wayang sahajalah. Sekarang kita hendak percaya lagi percaya janji janji wayang Azmin?

Azmin sudah tahu PKR akan tersungkur di Selangor. Oleh sebab itu, mereka buat drama dan wayang untuk pikat balik hati rakyat yang tahu kerajaan Selangor pimpinan Azmin sebenarnya banyak skandal yang tidak diselesaikan. Ditutup semua skandal itu dengan lakonan dan wayang.

Jangan percaya pada janji dan wayang yang ditunjukkan oleh pakatan terutamanya Azmin. Janji Barisan Nasional dalam manifesto lebih realistik dan baik lagi. Buat apa undi Pakatan Harapan, silap silap BR1M pun mereka akan mansuhkan nanti kerana mereka pernah kata BR1M itu dedak sahaja.

BN lebih layak memerintah Selangor daripada pakatan pembangkang yang kuat main wayang.

#DedakAzmin
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB867, Jumaat
13 April 2018






Satu Komen to Jangan Percaya Pada Janji Pembangkang Yang Kuat Main Wayang

Leave a Reply