Menu Utama

Anwar Dah Maafkan Daim Ka?

DILAPORKAN dalam sebuah portal berita Pakatan semalam, sekutu paling rapat Mahathir (cemolot gitu), Daim, akan membantu kerajaan Pakatan Harapan KALAU menang PRU14 kelak.

Satu perkara yang ramai orang tak tahu pasal Daim ni ialah, kalau Mahathir dipercayai ramai sebagai Bapak Konsesi Negara, ini pulak Mak Konsesi Negara.  Dari dia dan kepada dia juga semua faedah polisi konsesi ini kembali mencurah, yang nayanya rakyat – sampai sekarang sehingga 2038 yang akan datang, tak sudah-sudah membayar apa yang digelar sebagai tol itu.

Itulah, kerja 2 ekor yang di atas.  Ramai di kalangan penyokong Pakatan dok bimbangkan konon Datuk Seri Najib bakal membuat generasi akan datang berhutang melalui projek-projek mega seperti ECRL dan HSR- yang sebenarnya adalah juga pelaburan, tak sedar Daim dan Mahathir sudah pun melakukannya kepada generasi dulu, sekarang dan akan datang.

Mahathir bukan faham sangat ekonomi – ayat berlapik la ni. Kalau kasarnya senang kata, tak faham langsung pasal ekonomi pun.  Sebab itu bawah Mahathir, 2 kali ekonomi meleset, 1986 dan 1997.  Dikatakan Mahathir banyak mendengar nasihat dari punahsihat yang seorang, itu yang pada satu ketika, hutang negara lebih tinggi dari pendapatan..

Begtupun persoalannya hari ini, adakah keinginan Daim untuk menyumbang ini akan mendapat restu Anwar – Perdana Menteri tetap Pakatan.  Ramai orang tak terkejut bila Anwar maafkan Mahathir selepas kian lama bermusuhan sebab dulu lagi pun dia sebut dah pasal tu, tapi Daim?

Ada statement ke Anwar maafkan Daim?  Puas cari dah, yang tak maafkan banyaklah.

Mungkinkah juga kenyataan ini bermaksud Daim begitu pasti Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri seperti yang dirancangkan Pakatan, sebab itu dia yakin boleh memberi ‘sumbangan’ kepada bakal kerajaan Pakatan Harapan tu?






Leave a Reply