Menu Utama

Antara Banyak, Cerita UMNO Nak Diharamkan Paling Kelakar

SEMUA orang tahu dalam Pakatan hari ini ada banyak isu.  Belum selesai dengan percubaan menggunakan lambang PKR mewakili semua calon Pakatan yang mendapat bantahan di sana sini sehingga sekarang, soal calon-calon terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan juga masih belum ada jalan penghujung.

Tinggal beberapa hari sebelum penamaan calon.

Dalam masa yang sama, manifesto mereka juga sudah jadi lebih caca marba dari rojak sekarang. Hapus PTPTN, hapus tol, umum nak teruskan BR1M tapi berapa jumlah tak pulak disebut dan semacam itu – sesetengahnya tidak ada dalam manifesto pun atau kalau ada seperti hapus tol contohnya, sudah dinafikan Mahathir akan dilaksanakan, tapi masih jadi bahan kempen di sana sini sehingga memeningkan kepala orang.

Maka kita tidak hairan puak ini cipta begitu banyak isu untuk alihkan perhatian rakyat dari kecelaruan dalaman mereka sendiri, tapi tidak ada setakat ini yang boleh mengatasi dakwaan konon UMNO nak (ikut faham penyokong parti yang dibubarkan PPBM, sudah) diharamkan kerana tidak mengadakan pemilihan sejak 2013.

Oh, kalau PPBM kena bubar sebab tidak ada cawangan, tidak ada mesyuarat, so UMNO pun kena haram juga sebab tidak ada pemilihan?  Apa bodoh faham macam ini?  Yang macai-macai pakar semua benda ini, beria-ia bercakap macamlah dia lebih tinggi dari Pendaftar Pertubuhan (RoS).  Masalahnya, tak boleh nak halang PPBM dari dibubarkan tapi nak cakap banyak pasal UMNO pulak?

Dalam ruang komen-komen popular yang penulis lihat, bersungguh benar macai Pakatan ini mahu lihat UMNO betul diharamkan, seolahnya dengan itu, UMNO tidak akan dapat bertanding dalam PRU14 yang akan datang.  Apa bodoh macam ini, yang bertanding bukan UMNO pun tapi BN.

Untuk rakyat tahu, semua ini sebenarnya adalah sebahagian dari perancangan Mahathir.  Dia yang bertanggungjawab dalam pengharaman 1987 yang dulu dan dia juga dalang dalam cubaan yang sekarang, tapi resmi idea orang nyanyuk, semuanya sudah jadi tak kena. Benda berbeza, memang takde pemilihan tapi penanguhan 18 bulan yang pertama diputuskan MT, yang selebihnya hingga April 2019 tu, diluluskan RoS. Kat mana masalahnya lagi?

Paling menonjol sudah tentulah peguam yang mewakili 16 orang ini – peguam dia.  Apa tak boleh nak fikir cara yang lebih ‘licik’ lagi ke?






Leave a Reply