Menu Utama

1MDB: Semua Keputusan Mahkamah Menunjukkan PM Tak Terlibat, Penyelewengan Tak Berlaku

SEMENTARA Mahathir dan kuncu-kuncunya ke hulu ke  hilir dengan laporan DoJ dan media asing menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada terlibat dengan penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam 1MDB, beberapa keputusan MAHKAMAH di dalam dan luar negara setakat ini, menunjukkan sebaliknya.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad ketika menolak saman oleh Ezam terhadap Perdana Menteri dan 1MDB 8 April yang lalu, menyatakan bahawa pemohon gagal  gagal menunjukkan kerugian yang dialami 1MDB dan dakwaan salah laku oleh ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pula semalam memutuskan bahawa penyitaan kapal The Equanimity di Bali oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai tidak sah.  Kapal itu sendiri pun bukan milik Jho Low sebaliknya milik sebuah syarikat di Cayman Island yang mempunyai nama serupa.

The Equanimity adalah kapal layar mewah yang didakwa Mahathir dalam laporanya kepada DoJ (ya, laporan kepada DoJ itu dibuat sendiri oleh orang-orang Mahathir) konon dibeli oleh Jho Low menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Ini Mahkamah yang kita cakapkan – tempat dimana salah dan betul bagi kes seperti ini ditentukan.  Bukan laporan dari DoJ yang sebenarnya hanya bertaraf Jabatan Peguam Negara saja disini.  Sejak bila Jabatan Peguam Negara menjadi lebih tinggi dari Mahkamah?

Satu kes Mahkamah di Singapura yang dikatakan Mahathir membuktikan ada penyelewengan berlaku dalam 1MDB, sebenarnya tidak membabitkan 1MDB langsung.  Apa yang berlaku ialah, pegawai di bank yang 1MDB pernah berurus niaga, didapati melakukan kesalahan tertentu tapi perkara itu tidak berkaitan langsung dengan 1MDB.

Nama 1MDB pun langsung tidak disentuh dalam penghakiman kes tersebut.

Pendek kata sekarang, dah ada beberapa Mahkamah yang menunjukkan tidak ada sebarang kesalahan dilakukan Perdana Menteri dan 1MDB.  1MDB sendiri mengaku tidak kehilangan sesen wang atau memasukkannya ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Mahathir ada Mahkamah mana yang menyokong dakwaannya?  Cuba cerita sikit.

 






Leave a Reply