Menu Utama

Tunjuklah 10 Gambar Pun, Bukan Ada Kaitan Dgn Rasuah Terowong Bawah Tanah

TOKONG nampak begitu terdesak sekali apabila menunjukkan gambar seorang pemimpin media berkaitan MCA, dengan Datuk Seri yang dikaitkan dalam satu cubaan rasuah tutup siasatan SPRM ke atas syarikat yang diberi kontrak membina terowong bawah tanah di Pulau Pinang.

Akal yang waras akan bertanya, apa kejadahnya ditunjukkan gambar itu sebab semua orang tahu pemimpin berkaitan MCA yang berkenaan bukannya ada kaitan dengan kes rasuah yang dikaitkan dengan Datuk Seri kawan baik tokong, selain gambar itu diambil dalam sebuah majlis rasmi!!  Banding Tokong bergambar dengan individu tersangka rasuah itu di rumahnya.

Itu yang kita kata terdesak tu, bak kata pepatah orang kalau nak lemas, taik terapung pun dicapainya juga untuk dijadikan pelampung.

Tambah menggelikan hati bila Tokong mengugut untuk dedah lebih banyak lagi gambar pemimpin MCA dengan Datuk Sri berkenaan.  Eh, dedahlah, peduli apa, yang pentingnya apa kaitan semua gambar-gambar tu dengan kes rasuah yang dihadapi Datuk Seri berkenaan?

Semua ini meyakinkan penulis bahawa Tokong bersalah dalam kes ini, sebab itu nampak dia begitu gelabah sekali.  Asal dulu dia cuba naik kaitkan seorang pemimpin UMNO tapi bila pemimpin UMNO yang berkenaan melawan balik dan menyamannya di Mahkamah, Tokong mengalihkan serangannya kepada MCA pulak.

Tak salah, apa nak gelabah ye tak?






Leave a Reply