Menu Utama

Teguran umum buat Ustaz Ahmad Dasuki serta ilmuan ASWAJA.

oleh Kang Nasir

Tuan-tuan mufti, ustaz-ustaz para ilmuan ASWAJA dan sahabat-sahabat saudara mukmin yang dikasihi dan dirahmati Allah. Assalamualaikum.w.w.

Dalam pada kita beramal ibadah pun ada tertib dan rukun. Bila imam silap bacaan atau tertinggal rukun dan sebagainya. Sebagai makmum kami perlu beri isyarat. Jadi terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf jika teguran ini menghiris perasaan tuan-tuan.

#IslamJalanPenyelesaian. #ThisIsMyWay.
Tuan-tuan yang saya hormati. Saya jadi hilang hormat pada segelintir ilmuan ASWAJA yang melibatkan diri jadi PakLebai AgamaPAS. Kerana saya lihat tidak ada sebarang manfaat untuk saudara mukmin semua diakhirat malah membawa mudarat kemudian hari kepada mereka.

Sebelum mengajak umat islam SOLAT DOA MELAKNAT adakah tuan-tuan ustaz-ustaz pernah fikir agar muhasabah diri bahawa Allah telah kembalikan fitnah-fitnah itu kepada pemuka-pemuka agama yang tidak rasa bersalah dan tidak gentar kepada Allah selama ini? Semasa mengajak saudara kami jihad Istiqamah berpandukan kitab JINGGAY ketika PRU13 konon menegakkan hukum islam dengan berjemaah memfitnah mencaci melaknat orang UMNO bersama PAKATAN DAJJAL dulu tak fikir ke perbuatan itu Allah redha atau mengharap redha manusia dan tidak jumpa ke laknat Allah dalam Quran dan Sunnah?

Jika kita tidak kenal akan redha Allah mana mungkin kita kenal dosa dan pahala? Itulah soalan yang sering saya tanya kepada ahli-ahli syurga agama PAS yang mendabik dada angkuh sombong lambung-lambung konon bila jadi penganut agama PAS kompom tinggi ilmunya setaraf dengan tuan-tuan semua. Maka itulah saya tidak salahkan mereka kerana sudah terlanjur diajar angkuh sombong lambung-lambung.

Mustahil tuan-tuan tak perasan langsung peringatan Rasulullah saw agar dahulukan redha Allah tak lah terhegeh-hegeh mengharap redha DAP dan pertolongan penganut-penganut agama PAS demi undi selama ini.

Dari Muawiyah ra, Rasulullah saw bersabda:
قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلميقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

Hadith tersebut adalah hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi. Iaitu ketika Mu’awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu ‘Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di atas.

Saya bukan membela pakatan dajjal tetapi saya tak mahu ilmuan ASWAJA ikut perangai #PakWahab. Buruk sangat perangai dan amat memalukan kerana NAFSU didahulukan hingga ingkar larangan Allah. Sedangkan dalam beramal ibadah pun ada TERTIB DAN RUKUN kenapa sampai tidak ada rasa bersalah tidak ada rasa HORMAT kepada ALLAH? Saya tahu tuan-tuan mengharap redha Allah tetapi wajarkah kita buat apa yang kita suka sesuka hati menuruti nafsu kemudian minta Allah redha dengan segala apa yang kita lakukan itu? Tuan-tuan sendiri yang menghasut mengajak umat islam mengikut dajjal mentaati dajjal dan menjunjung pakatan dajjal tetiba berputar kerana konon dizalimi sebab tak puas hati sampai mengajak umat islam ikut nafsu tuan-tuan melaknat pakatan yang tuan-tuan sendiri pernah bersumpah taat setia bersama mereka konon mahu mentadbir negara dengan menjunjung dajjal berpandukan NAFSU tuan-tuan. Kemudian bila Lepas doa Ahzab, Mais gantung tauliah Ustaz Dusuki kenapa perlu berhelah masih enggan muhasabah?
https://m.malaysiakini.com/news/416597

Saya musykil. Masa bersaudara dengan Pakatan #DajjalLaknat berpandukan Kitab Jinggay tahun 2013 dulu tak kenal ke laknat Allah sampai berjemaah dengan mereka melaknat UMNO?
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.467988383257335.110022.465342536855253/521507811238725/?type=3&source=54

Berpuluh tahun PAS doa macam-macam pada UMNO ada UMNO kesah? Kerana mereka tak gentar pun DOA LAKNAT IKUT NAFSU #PakLebai #AgamaPAS kerana bukan pada perkara REDHA Allah pun. Malah doa laknat memburu kepentingan duniawi sebelum ini pun Allah sudah makbulkan dengan kemusnahan banjir besar melanda Kelantan berjuta ringgit lenyap sekelip mata. Sepatutnya tuan-tuan jadikan pengajaran.

Saya tahu saya tak layak mengingatkan kerana ilmu yang saya ada ibarat langit dan bumi dibandingkan dengan ilmu tuan-tuan. Dalam surah Al Ashr Allah ingatkan kita agar sentiasa berpesan-pesan. Tuan-tuan tidak rasa takutkah kelak tuan-tuan akan tanggung beban #DosaJariah bila saudara kami yang jahil ikut perangai songsang tuan-tuan ikut hasutan tuan-tuan ikut FATWA tuan-tuan?

Dari Jarir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْء

“Siapa yang mempelopori satu kebiasaan yang buruk dalam islam, maka dia mendapatkan dosa keburukan itu, dan dosa setiap orang yang melakukan keburukan itu karena ulahnya, tanpa dikurangi sedikitpun dosa mereka.”
(HR. Muslim).

Harapan saya. Ajarlah kami ILMU TASAWUF. Seruan ini saya ulang-ulang sejak 10 tahun lalu. Manfaatnya bukan untuk kami semua. Malah untuk diri tuan-tuan sendiri. Hanya itu jalan yang selamat untuk saudara kami seluruh umat. Semoga dengan itu kehidupan kita dilimpahi rahmat. Tak lah ramai yang bersusah payah mahu hidup melarat kerana Allah laknat dengan amalan keji sifat mazmumah memfitnah mencaci cela pemerintah. Selain itu. Saya harap dengan perkongsian ilmu itu juga akan membuka hati ahli-ahli parti PAS yang majoriry nya tidak kenal manfaatnya islam untuk diri kerana mereka anggap islam itu untuk kepentingan parti seolah parti itu pegangan agama maka itulah saya katakan mereka penganut Agama PAS. Kadang saya terfikir bila bercerita dengan mereka tentang kebenaran dan manfaatnya islam untuk kebaikan bersama dunia akhirat tak ubah seperti saya berkata tentang kebenaran islam pada orang kafir yang menentang islam.

Sekali lagi. Izinkan saya menyusun jari mohon kemaafan andai teguran ini keterlaluan. Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.






Leave a Reply