Menu Utama

Sanggupkah Mahathir Masuk Penjara Sebagai Bukti Penyesalannya?

HAMPIR semua orang tahu kenyataan Mahathir semalam konon dia menyesal kerana memecat Anwar 20 tahun dulu, hanyalah satu penipuan politik – tidak lebih dari itu.

Pembohonglah senang kata.  Terlampau banyak yang sudah Mahathir katakan betapa dia tidak tersilap bila membuat keputusan tersebut sebelum ini dan cubaan menafikan semua itu sekarang, hanya membuatkan dia nampak lebih bodoh daripada biasa.

Menyesal-menyesal pun, Anwar sudah terperosok dalam penjara selama 6 tahun akibat ‘penyesalan’ Mahathir dan tidak ada apa yang Mahathir mampu lakukan untuk menebus kembali “penyesalannya” itu.  Penyesalan ini bagaimanapun tidak mengubah hakikat bahawa Anwar adalah seorang peliwat kerana Mahathir belum lagi mengakui Anwar tak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

‘Penyesalan’ ini hanya membawa erti kalau Mahathir nak duduk 6 tahun dalam penjara jugak – sama macam yang Anwar kena, tapi sanggup ke?

Apa pun, nampak lekeh betul rakyat kita ni dibuat Mahathir ya.  Nak tunggang terbalik negara ni dek keputusan Mahathir tu, senang-senang dia kata menyesal sekarang?

Tapi nak semua orang tahu bahawa penyesalan ini datang pun selepas gesaannya agar Datuk Seri Najib Tun Razak melantik anaknya ke kedudukan tinggi dalam UMNO sebagai persiapan dilantik menjadi Perdana Menteri, tidak dilayan.

Kalau boboi menang jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2013 dulu atas sokongan Najib, Mahathir tidak akan berkata begitu hari ini.

Bukti, dalam “menyesal” pun Mahathir nak menipu juga.  Celaka betul ini manusia.






Leave a Reply