Menu Utama

Parlimen Swiss & Anak PM Aussie, Bukti Mahathir Bawa Campur Tangan Asing Jatuh Kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak & Perdana Menteri Australia

GOLDMAN Sachs semalam mengeluarkan kenyataan menafikan bekas pekerjanya yang juga anak kepada Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull ada terlibat dalam urusan syarikat tersebut dengan 1MDB selama berkhidmat sehingga berhenti pada tahun 2014.  Goldman juga tidak berjumpa email yang dikatakan Alex konon dia membuat aduan tentang 1MDB.

Tipulah senang kata.

Kelmarin, Parlimen Switzerland pulak menolak dengan majoriti besar 138 menentang dan 53 menyokong permohonan Kit Siang dan Azizah untuk mendapat RM 430 juta duit negara itu yang kononnya dikaitkan dengan 1MDB.  Baru kita tahu, Ahli Parlimen bodoh bukan saja wujud di Malaysia seperti Mahfuz, Rafizi (termasuk Kit Siang dan Azizah), ia juga wujud di Switzerland – melihat kpada 53 yang menyokong.

Bodoh macam mana nak serah duit negara sendiri kepada pihak luar yang tidak ada kena mengena?  Yang Kit Siang dan Azizah begitu bodoh menuntut wang milik negara lain, yang 53 ahli parlimen Swiss tu pulak begitu bodoh nak serahkan wang negara sendiri kepada pihak luar yang tidak ada kena mengena.

Nasib baik lebih ramai yang waras daripada yang gila. Kita bagaimanapun tahu Pakatan memang sedar tidak ada hak untuk tuntut wang tersebut sebab memang jelas bukan duit 1MDB kerana 1MDB tidak pernah mengadu kehilangan wang. Agendanya untuk malukan kerajaan sedia ada dengan tunjuk isu 1MDB ini jadi talking point di luar negara.

Tapi yang penting disini ialah tindakan melibatkan parlimen Switzerland dan anak Perdana Menteri Australia ini adalah bukti jelas bahawa Mahathir dan Pakatan yang dikuasai DAP memang membawa campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan hari ini, dan mereka tuduh kita pulak tidak patriotik bila kerajaan China melaburkan wang mereka dalam negara ini?

Itu belum jadi kerajaan, gamaknya kalau jadi kerajaan disuruhnya orang luar untuk memerintah negara ini dengan mereka hanya menjadi bonekanya saja.  Sebab, pihak luar yang dibawa bekerjasama ini sudah tentu menyimpan agenda sebenar Pakatan sebagai rahsia.

Hanya tunggu dedah saja kalau tak dengar kata.






Leave a Reply