Menu Utama

Minum Air Mentah, Isi Minyak Mentah, Apa Tak Makan Ayam Mentah?

MENTAH-MENTAH Azmin dibodohkan orang bila bercakap tentang masalah air di Selangor.  Kita dok cakap pasal air terawat, dia pi cerita air mentah, tak pasal kena bodoh begitu-begitu saja.  Tambah memalukan, 7 empangan yang disebutkannya dalam satu video parodi yang sedang viral sekarang ini, bukan semuanya boleh dirawat untuk dijadikan air minum.  Menteri Besar pun tak tahu benda asas macam ini apa kes?

Apa malang orang Selangor dapat MB bodoh macam ini?

Tapi dilihat semula, sebenarnya bukan dalam isu air ini saja, dalam isu minyak pun sama rupanya.  Kita semua tahu minyak yang digunakan dalam kenderaan ini adalah minyak proses tapi bila bercakap tentang turun naik harga minyak, orang Pakatan suka mengambil kos minyak mentah sahaja, seolahnya yang dipam masuk dalam tangki itu ialah minyak yang datang terus dari perut bumi, tak payah proses dulu atau petrrol dan diesel berlaku secara semula jadi saja dibuat mereka.

Bila rakyat mahu sedar bahawa pendekatan beginilah yang selalunya digunakan Pakatan untuk mengelirukan rakyat?  Cakap dengan penuh yakin rupanya isi semua temberang.  Confident saja Azmin baca satu-satu kapasiti empangan Selangor bila yang dimaksudkan dan digunakan rakyat sehari-hari ialah air terawat.  Minyak pun macam itu juga, diambilnya kos minyak mentah per barrel, dibahagi sekian-sekian kemudian dituduh kerajaan menipu rakyat konon harga minyak sepatutnya lebih rendah.

Tapi masa makan, tahu pulak tak makan benda mentah?  Ayamlah sebagai contoh, dah proses dengan belum proses, sama ke harga?  Siapa yang ambik ayam hidup-hidup campak masuk dalam kuali?

Bahagian itu faham pulak tapi bila bercakap pasal air, pasal minyak, ambik yang mentah saja kenapa?  Mungkin sebab ada kait dengan perut agaknya ya.






Leave a Reply