Menu Utama

Mana Perginya 14 Billion Pengurusan Air Selangor Pemberian Kerajaan Pusat ?

KENYATAAN MEDIA

EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

20hb March 2018

Tajuk : Mana Perginya 14 Billion Pengurusan Air Selangor Pemberian Kerajaan Pusat ?

Kuala Lumpur. Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan kepada kepimpinan Kerajaan Selangor untuk tidak menunding jari dan menyalahkan kepimpinan Barisan Nasional sebagai dalang dan punca semua masalah air di Selangor.

Sejak 2010 sehingga 2017, Kerajaan Pusat telah meluluskan hampir 14 Billion ringgit bagi tujuan pengurusan dan pengambilalihan urusan air serta menaiktaraf sistem bekalan air untuk rakyat Selangor.

Tidak masuk akal jika Kerajaan Pusat hendak mensabotaj duit peruntukan yang diberikan kepada Kerajaan Selangor bertujuan untuk keselesaan rakyat dan bagi kami Pemuda UMNO berasa tuduhan Azmin Ali ini amat berat serta dangkal.

Disini kami ingin tegaskan kepada YAB. Menteri Besar Selangor agar lebih berhati – hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya berkenaan isu air dan suka menyalahkan Kerajaan Pusat Pimpinan YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak.

Masalah air ini sudah menjadi bahan ketawa rakyat dan kerugian kepada ramai masyarakat terutamanya para peniaga. Ratusan juta kerugian yang dialami berkenaan dengan masalah air ini.

Agak menghairankan dan mengejutkan kami, anak – anak muda warga kota. Kemanakah semua perbelanjaan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat ke Kerajaan Selangor ? Sejumlah hampir 14 Billion telah diberikan namun masalah air masih belum selesai dan menyusahkan rakyat Warga Kota dan Selangor.

Disini saya memohon dan merayu kepada seluruh Rakyat Selangor untuk memberi peluang kepada Kerajaan Barisan Nasional memerintah semula Selangor. Agar masalah – masalah air serta yang berbangkit dapat diselesaikan segera. Juga masalah yang membebankan rakyat dapat dikurangkan.

Kepada orang – orang muda Warga Kota dan Rakyat Selangor, saya yakin mereka akan memberikan sokongan kepada Parti Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum kali ini. Saya yakin perubahan akan berlaku di Selangor.

Sekian.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan






Leave a Reply