Menu Utama

458,483 murid terlibat RMT1M (Makanan Tambahan)

Sebanyak 458,483 daripada lebih dua juta murid sekolah rendah di seluruh negara terlibat dalam program Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia (RMT1M) setakat ini untuk 2018.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program bantuan itu turut meliputi 40,948 murid di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan 26,620 murid sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.

Katanya, sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk program itu tahun ini meliputi 190 hari sesi persekolahan.

“Jumlah itu diperoleh berdasarkan kadar untuk seorang murid iaitu RM2.50 bagi kawasan Semenanjung manakala RM3.00 untuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang ingin tahu mengenai jumlah murid menyertai program RMT1M sehingga Januari 2018 pada sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply