Menu Utama

16,000 permohonan guru duka lara diluluskan

Kementerian Pendidikan meluluskan 16,000 daripada 30,000 permohonan pertukaran kes guru duka lara untuk mengikut pasangan masing-masing dalam tempoh 1 Disember 2015 sehingga 1 Januari 2018.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain kriteria utama yang diambil perhatian untuk permohonan pertukaran guru tersebut seperti kekosongan jawatan, keperluan mata pelajaran di negeri yang dipohon dan kepentingan perkhidmatan, pihaknya juga berusaha untuk meluluskan permohonan atas dasar kemanusiaan.

“Kebanyakan yang belum selesai adalah guru duka lara yang tidak sekedudukan dengan pasangan di bawah lima tahun manakala bagi mereka yang sudah terpisah di atas lima tahun, kebanyakan sudah selesai.

“Kita jangka 7,000 lagi kes duka lara akan diselesaikan menjelang Jun ini yang mana akan ada pertukaran tempat berkhidmat oleh guru-guru. Tetapi perlu diingatkan, mereka perlu membuat permohonan sebelum kita pertimbangkan dan luluskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Transformasi Digital Pembelajaran Abad ke-21 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply