Menu Utama

March, 2018

 

Dakyah dibuat Mahathir tidak boleh dihadam

Memang tidak boleh dihadam apabila melihat seorang bekas Perdana Menteri yang pernah memimpin selama 22 tahun telah berubah 360 darjah mentohmah ketelusan sistem demokrasi di negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu rancak mempertikai kelulusan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, mungkin ‘terlupa’ bahawa ketika eranya, perkara itu telah tiga kali diluluskan di Parlimen, yakni tempat yang sama beliau kini labelkan sebagai ‘Parlimen sandiwara’ dan ‘Parlimen main-main’. Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, Dr. Mahathir bagai kecelaruan apabila menggunakanBaca Lagi


11 insentif baharu RM2.9b untuk usahawan Bumiputera

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan 11 insentif baharu dengan penyediaan dana keseluruhan bernilai RM2.9 bilion bagi mengukuh dan mengembangkan lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera. Perdana Menteri berkata, peruntukan terbesar berjumlah RM2 bilion akan disalurkan kepada program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua. Najib berkata, dana sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi mempergiatkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran yang mana RM200 juta sumbangan kerajaan dan RM300 juta daripada Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB). “Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat memahami usahawan memerlukan sokongan kerajaan. “Untuk mengukuhkan lagi tiangBaca Lagi


Cucuk-Cucuk Peta, Apa Yang Azmin Cuba Buktikan?

APA sebenarnya isu dengan tanah di Ijok yang setakat ini menyebabkan 6 individu ditahan SPRM?  Ia adalah tentang ketidak adilan yang berlaku terhadap peneroka dimana sementara Azmin dilihat berjaya menyelesaikan masalah tanah itu dengan peneroka menerima pampasan dalam bentuk wang tunai dan rumah, dalam masa yang sama ada syarikat dan individu dapat berbelas hingga beratus juta ringgit setiap satu hasil dari ‘penyelesaian’ tersebut. Sebelum itu, kerajaan negeri bersetuju menarik diri dalam kes saman dua syarikat yang diberi hak milik tanah itu di Mahkamah Persekutuan sekalipun berpeluang untuk mendapat semula tanahBaca Lagi


Siapa ‘main kecoh’, SPR atau Mahathir?

MALAM tadi, dalam ceramahnya di Guar Cempedak, Kedah, Tun Dr. Mahathir Mohamad mula memfokuskan serangannya terhadap proses pilihan raya. Kununnya beliau boleh jadi balik Perdana Menteri pada usia 93 tahun menerusi Pakatan Harapan diketuai DAP jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ‘main kecoh’. Kecoh kata orang Aloq Setaq bermaksud main tipu. Tapi siapa sebenarnya cuba main kecoh sekarang? Dalam bola sepak pun pengadil hanya dijadikan kambing hitam bila kalah. Tapi ini belum pun sepak mula, pengadil (SPR) dah dipersalahkan. Siap berfantasi konon peti undi kena sorok dan macam-macam lagi tuduhanBaca Lagi


“Mahathir jangan buat-buat lupa”

Pindaan Akta Pertubuhan 1966 selepas krisis UMNO 1988 bagi memasukkan peruntukan Seksyen 18 (C) adalah bukti kukuh campur tangan kerajaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu dalam urusan undang-undang berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Peruntukan yang menghalang hal dalam parti daripada dirujuk ke mahkamah itu secara langsung mematahkan hujah terkini bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP yang menyatakan peranan ROS ketika era pemerintahannya adalah bebas tanpa dihalang kerajaan. Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menjelaskan bahawa, seksyen berkenaan juga secara jelas mencerminkan betapaBaca Lagi


‘Mugadet’, ‘Perompak’ Dan Pelbagai ‘Isme’ Lebih Memalukan…

Hari ini, warga emas itu menulis lagi. Dia menulis tentang keburukan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN yang mengemudi negara sebagai Perdana Menteri. Dia berbicara soal ‘malu’. Dalam usia tuanya, dia cuba sedaya upaya memperlekeh Dato’ Seri Najib Tun Razak di mata rakyat. Dia mendakwa Najib seorang ‘pencuri’. Itu kata dia, seorang warga emas yang bercita-cita mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib. Dia tuduh suatu yang tidak berasas, tidak benar dan hanya persepsi semata-mata. Untuk menjatuhkan Najib, mengata anak tiri Najib. Tapi dia tidak tengok anak-anak kandungnya sendiri. KayaBaca Lagi


Pengukuhan Ringgit Tanda Pentadbiran Najib Berada Di Landasan Betul

Kenaikan nilai Matawang Ringgit ke paras RM3.86 berbanding Dollar hari ini menunjukkan kematangan dan kecekapan kepimpinan YAB. Perdana Menteri menerajui Kerajaan Barisan Nasional dalam pemerintahan Negara. Sejak isu 1MDB dan kejatuhan Matawang Ringgit, pelbagai tuduhan fitnah dan hentaman dilemparkan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, matawang Ringgit jatuh ke paras RM4.20. Keadaan panik di dalam negara telah membuatkan pelbagai pihak melemparkan keraguan terhadap YAB. Datuk Seri Najib. Semua tuduhan terhadap kelemahan ini di tujukan kepada Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan isu kejatuhan matawang bukan hanya tertumpu kepadaBaca Lagi


Kit Siang, Guan Eng, jumpa kamu berdua Jumaat ini, tepat pukul 7.30 malam – Wee Ka Siong

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilihat begitu teruja untuk bertemu dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng dalam satu forum bagi mengupas skandal dasar laut bernilai RM6.3 bilion, di Pulau Pinang, Jumaat ini. “Kit Siang, Guan Eng, jumpa kamu berdua Jumaat ini, tepat pukul 7.30 malam!” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ka Siong juga berharap Kit Siang yang sebelum ini mendakwa kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminjam ‘skrip’ daripada orang lain itu akan memberanikan diri untuk bersemukaBaca Lagi


Hospital Pendang: Orang Kedah Gagal Tunai Janji, Orang Pahang Lunaskan

Sebelum ini, penulis hanya tersenyum sinis melihat juak-juak pembangkang mempersoalkan tentang pembinaan hospital Pendang. Ada yang kata sudah dua kali diletakkan batu asas, konon sudah dua penggal ditangguh, tidak juga terbina hospital yang dijanjikan BN itu. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa cerita tentang dua kali diletakkan batu asas itu adalah suatu yang tidak benar. Malah kononnya ia tertangguh selama dua penggal juga adalah langsung tidak tepat. Entah dari mana cerita tipu itu datang, mungkin dari minda busuk pihak pembangkang sendiri… Fakta sebenarnya, pengambilan tanah bagi membina hospital Pendang telahBaca Lagi


PM lancar MGT untuk lahirkan lebih 5,000 pemimpin Malaysia bertaraf global

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT) yang bertujuan memupuk dan melahirkan 5,500 pemimpin Malaysia bertaraf global menjelang 2022. Perdana Menteri berkata, dalam fasa satu, program itu akan menggembleng 12 syarikat multinasional (MNC) terkemuka dan 10 universiti awam dengan matlamat untuk melahirkan pemimpin masa depan. Menurut beliau, langkah itu akan disusuli dengan penglibatan lebih banyak MNC dan universiti lain. “Melalui pelbagai inisiatif, termasuk pemindahan pengetahuan, pinjaman, penempatan latihan, pementoran dan syarahan awam oleh CEO MNC bertaraf global, MGT menggariskan matlamat untuk mewujudkan peluang bagiBaca Lagi