Menu Utama

Tol Turun Zaman Mahathir Sama Mustahil Dgn Mokhzani Kerja Kerani

KERAJAAN BN semalam mengumumkan kadar tol dan levi untuk Link Kedua diturunkan berkuatkuasa 13 Feburari ini bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan ini berbanding Tambak Johor.  Langkah sama akan diikuti kerajaan Singapura April depan di bahagian mereka pula.

Sejak 2009,ini kali kedua tol di kawasan ini diturunkan, iaitu pada tahun 2010.

Keputusan ini adalah satu berita baik kepada rakyat kita yang berulang alik ke negara tersebut untuk pelbagai urusan kerana ia membantu mengurangkan masa terperangkap dalam kesesakan jalan raya disamping mengurangkan kos perjalanan sebab tol dah rendah, penggunaan minyak pun dah kurang.

Semua orang tahu minyak paling tinggi penggunaanya waktu kesesakan jalan.

Awal tahun lepas, kerajaan BN buat keputusan untuk tutup 4 buah plaza tol – 2 di Selangor, satu di Johor dan Kedah.  Sudah menjadi trend zaman ini tol akan banyak ditutup, dari dibuka atau dipanjangkan konsesinya.  Banyak lebuhraya baru yang dibina sekarang, tidak dikenakan tol seperti di Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Perkara ini hanya berlaku pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sahaja. Zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, yang turun hanya hujan, kadar tol turun ibarat mimpi di siang hari.  Sama mustahil melihat Mokhzani kerja kerani, takkan berlakunya.

Sebab apa, konsesi tol zaman Mahathir adalah lombong emas bagi kawan-kawannya serta keturunan mereka – itu yang tempoh konsesi berpuluh tahun tu.  Kalau rasa tak cukup panjang konsesi tu, Mahathir umum tol tak naik sebab konon nak bantu rakyat tapi yang sebenarnya nak pastikan kroninya terus kaya.

Dua untung Mahathir dapat, rakyat “sayang” (tak sedar kena temberang) dan kroni kenyang

Tak mungkin Mahathir nak mengurangkan kadar tol yang jadi punca utama kekayaan para kroninya (dan dia jugaklah tu sebab ada anak saudaranya dapat).

Nampak tak sekarang siapa yang lebih mengutamakan rakyat dan siapa yang lebih mengutamakan kroni?  Itu yang nak bagi dia perintah lagi 2 tahun tu?  Lupakanlah, biar kali ini Mahathir pulak yang bermimpi di siang hari.






Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.