Menu Utama

Terowong Labuci: Bila Terdesak, Gambar Dgn PM Pun Jadi Nak Selamatkan Diri

LGE ternyata terdesak dalam isu terowong labuci bawah laut ini sehingga gambar PM menyaksikan majlis tandatangan perjanjian itu lebih 7 tahun dulu pun dijadikan senjata untuk menjawab dakwaan Perdana Menteri bahawa projek itu membazirkan duit rakyat.  Kalau pihak kita buat macam ni mesti dia kata “cerita lama”.

Wei apek, masa itu situasinya macam mana, sekarang macam mana?  Banyak yang dah berubah.  Pihak-pihak yang terlibat sebagai pembina, pelabur pun dah ada yang bertukar, tak lagi sama macam dulu.

Sebagai contoh, dulu takde syarikat fesyen melabur, sekarang dah ada.  CCRC yang dikatakan dulu sebagai kontraktor utama, tak mengaku pulak terlibat dalam projek itu, dan sebagainya.

Lagipun, apa yang cuba dibuktikan dengan gambar lama tu?  Biasalah Perdana Menteri menyaksikan projek pada ‘skala besar’ seperti itu apatah lagi Perdana Menteri China pada ketika itu, Wen Jiabo pun hadir sama.

Siapalah akan tahu bahawa 7 tahun kemudiannya satu apa benda pun tak berjalan lagi?  Tanah sekaki pun tak korek, lubang apa pun tak gali lagi, konkrit seinci pun tak tuang dan sebagainya.  Hanya duit rakyat saja yang dah banyak melayang untuk menampung kos berkaitan kerja-kerja kertas.

Sedang DAP bergelut nak menyiapkan satu projek ni pun, projek yang menjadi visi Datuk Sri Najib Tun Razak banyak yang dah siap atau proses pembinaan.  Pan Borneo, MRT, LRT3, ECRL, HSR dan sebagainya, semua ini ada bendanya, nampak kemajuannya.  Mana yang dah siap tu, bukan setakat boleh nampak, dah digunakan berjuta orang pun.

Banding dengan terowong bawah laut Guan Eng, apa pun tak bergerak lagi walaupun duit dah beratus juta habis.

Mungkin agaknya Guan Eng kata memanglah tak nampak apa lagi projek tu sebab dah namanya terowong bawah laut – kalau inilah alasannya dan ada jugak yang percaya, yang berkenaan tu silalah mereput.






Satu Komen to Terowong Labuci: Bila Terdesak, Gambar Dgn PM Pun Jadi Nak Selamatkan Diri

Leave a Reply