Menu Utama

Perancangan BN daripada isi hati orang muda-PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangunan dan transformasi yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berlandaskan gagasan daripada isi hati orang muda.

Menurut Perdana Menteri, sehingga kini sebanyak 80,000 aspirasi orang muda telah dikumpulkan untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan akan ditapis untuk pelan tindakan orang muda berkenaan.

“Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah bukannya bermain politik atau buat dasar jangka pendek tetapi mesti buat dasar daripada isi dan gagasan besar untuk memberi harapan kepada orang muda.

“Jika terus dipimpin BN, impian orang muda akan dapat kita penuhi, Insya Allah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Gerakan 4B, Mohd. Nizam Omar.- UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.