Menu Utama

Ekonomi Malaysia 2017 tumbuh 5.9 peratus

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017, melepasi unjuran yang dibuat kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia.

Pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding 4.2 peratus dan lima peratus yang dicatatkan masing-masing pada 2016 dan 2015. Pada suku keempat 2017, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.9 peratus, berbanding 4.5 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dengan sokongan berterusan daripada sektor luaran. manakala dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor perlombongan.

Katanya, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara berkembang sebanyak 0.9 peratus berbanding suku ketiga, 1.8 peratus dan inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 3.5 peratus pada suku keempat 2017 disebabkan inflasi lebih rendah dalam kategori perumahan, air, elektrik dan gas serta pengangkutan.

Bagi 2017 secara keseluruhan, purata inflasi ialah 3.7 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2016 tetapi dijangka menjadi sederhana tahun ini yang mencerminkan kesan faktor kos global yang lebih kecil serta pengukuhan ringgit berbanding 2017. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Ekonomi Malaysia 2017 tumbuh 5.9 peratus

Leave a Reply