Menu Utama

Batal projek Rumah Selangorku tidak masuk akal

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyifatkan langkah kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku selepas dua tahun pembinaannya diluluskan sebagai tidak masuk akal.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan bercanggah antara Mohamed Azmin dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berhubung alasan pembatalan projek juga menimbulkan pelbagai persoalan.

“Mula-mula Exco (Iskandar) cakap projek Rumah Selangorku ada masalah kebenaran merancang. Beberapa hari selepas itu, Mohamed Azmin pula menyalahkan pemaju perumahan sebagai punca projek ini dibatalkan.

“Kenapa selepas dua tahun baru batal? Apa pun sudah lumrah sikap pemimpin pakatan pembangkang, mereka tidak akan mengaku kesilapan sendiri, sebaliknya mencari salah pihak lain untuk menutup kesilapan mereka,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina dan Cermin Mata Percuma di Pasir Penambang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak dan Ketua MCA Bahagian Tanjong Karang, Datuk Phua Boon Chun.

Minggu lalu, kerajaan PKR Selangor membuat keputusan mengejut apabila membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku dengan Iskandar memberikan alasan kegagalan pemaju mendapatkan kebenaran merancang sebagai punca tindakan tersebut terpaksa dibuat.

Walau bagaimanapun, pelbagai pihak mempertikai tindakan tersebut sebagai menganiaya rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, selain menyifatkan alasan diberikan hanyalah cubaan untuk menuding jari kepada pihak lain demi menutup silap sendiri.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, rakyat di negeri ini berasa tertipu apabila pembinaan projek Rumah Selangorku dibatalkan.

“Beribu-ribu pembeli terpaksa berputih mata dan saya difahamkan beribu-ribu pembeli sudah membuat pinjaman bank,” jelasnya.

Beliau menambah, lebih memburukkan keadaan, kerajaan PKR Selangor melaksanakan dasar yang mengenakan kadar premium tanah yang tinggi walaupun untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Utusan



« (Previous News)



2 Komen to Batal projek Rumah Selangorku tidak masuk akal

  1. Pemerhati says:

    alasan yang diberikan cuba nak perbodoh rakyat, hanya rakyat yang masih nak taksub(sambil butakan mata & hati) kononnya pentadbiran kerajaan negeri pakatan harapan(sebenarnya memang tidak boleh diharap) di Selangor adalah cemerlang & peduli rakyat akan percaya sahaja tanpa soal kenapa azmin tak jawab(jelaskan) kenapa pemaju menghadapi masalah merancang bina ‘Rumah Selangorku’ & kenapa pula azmin cuba menyalahkan pihak pemaju tanpa memberi penjelasan?

    kalau satu dua tidak mengapa tapi ini kesemuanya 9 projek pembinaan ‘Rumah Selangorku’ dibatalkan, apakah tanpa sekelumit rasa malu azmin akan terus berkata dia masih peduli rakyat selepas ini?

    exco PAS iskandar samad sebenarnya tahu sebab sebenar kenapa ‘Rumah Selangorku’ terpaksa dibatalkan tapi memandangkan dia terpaksa(kerana takut tak dapat peruntukan sepertimana exco2 PAS lain yang sengaja ditahan/dilambat-lambatkan pemberian peruntukan itu oleh azmin) menjadi exco lembu kena cucuk hidung peliharaan azmin maka terpaksalah iskandar samad ikut arahan azmin suruh dia memberi alasan yang tanpa dia sedari telah memberi alasan yang tidak masuk akal & tidak munasabah kepada rakyat Selangor yang tahu berfikir & tidak mudah diperbodohkan

    1. sebab sebenar pertama ‘Rumah Selangorku’ dibatalkan kerana pemaju tidak sanggup mendapat/membuat keuntungan kecil, mereka ini jenis pemaju lintah darat yang mahu mengaut keuntungan besar sahaja membina rumah kondo atau rumah mewah atau dalam kata lain rumah mampu tengok sahaja oleh rakyat berpendapatan rendah & sederhana…’Rumah Selangorku’ untuk rakyat miskin, dalam satu perbincangan pemaju pernah bertanya “berapalah sangat untungnya itu” kepada azmin…azmin menunjukkan muka sedih sebagai tanda dia faham kehendak pemaju lintah darat ini a.k.a. kroni kepada kerajaan negeri Selangor

    2. sebab sebenar kedua kerana keuntungan kecil bermakna pemaju tidak dapat memberi ‘kickback\'(sebagai syarat) kepada PH(terutama PKR & DAP) untuk digunakan sebagai dana politik bagi membiayai PRU14…ini merupakan syarat yang dikenakan oleh azmin sekiranya pemaju mahu membina ‘Rumah Selangorku’

    3. sebab sebenar ketiga kerana geng kartel azmin juga mahukan ‘kicback\'(sebut ‘komisyen’) bagi setiap unit ‘Rumah Selangorku’ yang telah siap dibina & dijual…ini juga merupakan syarat yang dikenakan oleh azmin sekiranya pemaju mahu membina ‘Rumah Selangorku’

    rakyat mahu juga bersangka baik pada pemaju yang digelar lintah darat ini kerana rakyat percaya pemaju ini sebenarnya sanggup membina ‘Rumah Selangorku’ sekiranya azmin tidak mengenakan syarat nombor 2 & 3

Leave a Reply