Menu Utama

Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah.

Ini berlaku di zaman Mahathir bukan zaman Najib. Anak anak dia kaya sangat sangat, rakyat di bawah sekadar makan “ais sagat” sahaja lah.

Anak dia makan isi, tulang boleh dekat kroni, kuah sahaja rakyat boleh hirup. Itu pun kalau dapat kuah. Kalau tidak, bau sahajalah.

Kalau Mahathir perintah semula, keadaan yang sama akan berulang lagi. Semalam, Mahathir menjelaskan mahu jadi PM selama dua tahun sahaja. Nampak sangatlah mahu “passing” jawatan selepas itu pada anaknya.

Berbeza zaman Najib, dengan adanya BR1M boleh juga 7 juta rakyat merasa di bawah. Petani pun boleh merasa RM200 bulan ini. Peneroka pun boleh. Nelayan pun dapat.

Orang jual nasi lemak pun kerajaan Najib bantu, yang bawa Grab pun Najib tolong. Celah mana yang kata Najib tidak bantu? Janganlah asyik hendak pertikai KDNK sebagai bukan cerminan ekonomi semasa.

Di Malaysiakini semalam, Mahathir kata KDNK bukan lambang sebenar ekonomi kerana rakyat di bawah masih susah. Apa sekarang ini semua orang di Kubang Pasu jadi jutawan selepas 22 tahun Mahathir jadi PM?

Hujah Mahathir ini tidak betul. Sekadar persepsi sahaja. Cuba lihat kepada pelaburan asing ke negara ini. Tahun lepas sahaja, antara pelabur asing yang berminat dengan Malaysia termasuklah Saudi Aramco yang melabur sebanyak US$7 bilion dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas di Johor.

Ia adalah pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi. Manakala HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantau baru di Tun Razak Exchange.

Jack Ma dari Alibaba pula memilih Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada tahun lepas. Jack Ma berminat dengan persekitaran mesra perniagaan yang cekap yang diwujudkan oleh kerajaan.

Tapi masalahnya, Mahathir dan geng Pakatan Harapan (PH) menuduh pula Malaysia cuba jual kedaulatan kepada negara asing. Asal masuk sahaja pelabur asing, itulah ayat yang digunakan pembangkang untuk memburukkan Najib.

Kalau pelabur asing tidak masuk Malaysia, geng pembangkang ini akan buat cerita Malaysia akan bankrap pula. Agaknya mereka terlupa, di Pulau Pinang yang dipimpin kerajaan DAP, banyak syarikat multinasional sudah tutup kilang mereka.

Dari 2015 hingga Mac 2017, sekurang-kurangnya 8 syarikat multinasional termasuk Seagate Technology dan Western Digital, yang beroperasi di Pulau Pinang telah ditutup satu demi satu.

Syarikat asing itu telah mengosongkan kakitangan mereka dan menggerakkan operasi di tempat lain dan akibatnya ramai pekerja hilang pekerjaan. Namun Mahathir tidak pula bising, maklumlah dah jadi rakan `cium mulut’ sekarang.

Rakyat Pulau Pinang susah kena buang kerja, 7 orang mati sebab kilang haram, penguatkuasa kena maki bayar RM200 sahaja, bayar bil air hingga 4 kali ganda mahal dan banjir sampai lebih seratus kali, Mahathir tidak nampak semua ini.

Lim Guan Eng sah sah ada dua kes rasuah di mahkamah dan kantoi lesapkan RM305 juta, Mahathir tidak nampak sebab sudah anggap DAP sekarang sebagai suci murni.

Hakikatnya, ahli politik pembangkang ini bantah semua usaha kerajaan kerana mereka terpaksa membantah. Mereka tiada pilihan lain tapi diam-diam mereka bersetuju. Mereka akui langkah yang diambil kerajaan adalah betul.

Kalau tidak masakan Pakatan Harapan bercadang untuk sambung pemberian BR1M kepada golongan sasar. Ini kerana mereka tahu ia merupakan medium untuk bantu rakyat.

Konsep Mahathir ketika dulu bahawa `jangan beri si miskin itu ikan…berilah kail supaya si miskin itu dapat menangkap ikan untuk menyara hidupnya’ sudah tidak relevan lagi apabila pengerusi Pakatan Harapan itu berhasrat hendak sambung BR1M kalau PH menang.

Mahathir cepat sedar bahawa BR1M bukan `dedak’ dan rasuah seperti tuduhan beliau pada Najib dulu kerana melaksanakan program itu.

Bila beliau menerima BR1M, itu adalah sesuatu yang baik sebenarnya kerana ia menandakan Mahathir mengiktiraf program yang dilaksanakan Najib untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.

Tuduhan “Cash Is King” pun tidak relevan lagi.

Kalau BR1M adalah rasuah, eloklah mereka pergi tanya pada lebih 63 buah negara di dunia yang buat langkah sama, iaitu sediakan program bantuan wang tunai kepada rakyat yang susah. Jika BR1M adalah dedak dan rasuah, maka negara berkenaan juga beri dedak dan rasuah.

Mahathir janganlah pertikai rating ekonomi negara yang dibuat oleh Bank Dunia dan institusi dari luar. Dulu masa Mahathir perintah, rating yang sama juga dia gunakan.

Tanya balik orang Kubang Pasu selama 22 tahun Mahathir jadi PM, berapa ramai jadi jutawan? Bilang sebelah tangan pun tidak cukup. Anak Mahathir semuanya jutawan, rakyat di Kubang Pasu macam itu jugalah.

Sebab itulah Mahathir tidak berani hendak tanding di Kubang Pasu pada PRU14.

Tulisan :
Beruang Biru
BB771, Khamis
8 Februari 2018






Satu Komen to Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah.

Leave a Reply