Menu Utama

February, 2018

 

Tak Sabar Nak Tengok ‘Pencacai Baru DAP’ Kibar Bendera Roket!

Kadang kala, penulis rasa kasihan kepada segelintir rakyat di negara ini yang begitu lemah pemikiran mereka sehingga terlalu mudah dimanipulasi oleh puak pembangkang, khususnya kepimpinan utama mereka yang licik taktik politiknya. Kita pun tahu mereka sangat berpengalaman dalam kerja-kerja memanipulasi minda dengan pelan strategik yang mengelirukan, tapi jika seseorang itu luas pengetahuan dan memilih untuk bertabayyun, taktik pembangkang itu tidak akan memberi sebarang kesan. Contohnya, seorang warga emas sebelum ini telah berpuluh-puluh tahun menegaskan tentang sifat DAP yang tebal sentimen perkaumannya. Berdekad-dekad dia menegaskan bahawa DAP itu sebuah parti yangBaca Lagi


Amerika Syarikat Patut Tangkap Jho Low Bukan Kapal Layar

Badan Siasatan Persekutuan (FBI) sekali lagi melakukan “stunt”, kali ini dengan bantuan Polis Indonesia untuk menahan kapal layar milik Jutawan Jho Low, bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB.. Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB. Persoalan penting mengapa sehingga hari ini Jho Low, jutawan dari Pulau Pinang ini, tidak ditangkap pleh FBI atas tuduhan melakukan penggubahan wang haram? Apa yang berlaku sekarang ialah FBI menangkap Kapal Layar, Lukisan, Hakcipta Muzik dan Filem. Sekurang-kurangnyaBaca Lagi


‘Anak Manja’ Kata Dia Paling Berjasa Di Kedah?

Terkekeh-kekeh penulis ketawa sinis mendengar kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini. Respon balas yang sangat mengusik jiwa dan begitu memedihkan hingga ke ulu hati jika ‘anak manja’ itu mendengarnya. Semalam, ‘anak manja’ yang mahukan ‘jawatan besar’ secara ‘ekspres’ itu tanpa rasa malu, tiba-tiba mengatakan konon sebahagian besar kejayaan Kerajaan Negeri Kedah yang dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah di Alor Setar adalah hasil usaha dirinya. Mendabik dada seperti kebiasaan golongan ‘aristokrat’ yang lain, ‘anak manja’ itu mendakwa segala yang terpamer itu konon dia yang rancangBaca Lagi


PPBM – MEMBINA ATAU MENGHANCURKAN BANGSA?

CABARAN DEBAT BERSAMA PEMIMPIN PPBM 1. Sedang negara menuju semakin hampir dengan pilihanraya ke 14, bahang ‘peperangan’ semakin terasa dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan yang berbeda.’ 2. Ketika masa semakin singkat, pelbagai kecelaruan dan keretakan mula nampak dalam Pakatan Harapan (PH). Punca masalah ini timbul dengan wujudnya PPBM sebagai rakan paling baru dalam PH. 3. Jelas sekali PPBM akan terus menjadi duri dalam daging bukan saja dalam PH tetapi yang lebih teruk daripada itu ia akan menjadi musuh kepada bangsa Melayu. 4. Ini tidak menghairankan kerana penubuhan PPBM bukannyaBaca Lagi


MCA Perlu Buktikan Bukan Kuda DAP

MCA secara rasminya mempunyai banyak ahli tetapi undi yang mereka terima jauh lebih rendah daripada senarai keahlian mereka. DAP yang hanya mempunyai sedikit ahli tetapi undi yang mereka terima jauh lebih tinggi daripada keahlian mereka pula. Ini bermakna ahli MCA mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Dengan kata lain, parti MCA seolah-olah menjadi kuda tunggangan DAP. Kesetiaan mereka diragui. Tsunami Cina berlaku secara maksima. Menurut sumber, sebelum pilihan raya umum 2008, James Kuok yang merupakan anak saudara Robert Kuok telah melobi ahli MCA,termasuk ahli-ahli MCA seumur hidup danBaca Lagi


Azmin Luluskan Tanah Untuk Tol, Untuk ECRL Azmin Lengahkan

Enam plaza tol baru yang akan dibina di Lembah Kelang sebenarnya berada dalam tanah di Selangor. Tanah untuk buat jalan bertol itu diluluskan juga oleh Azmin Ali. Portal pro-Pakatan Harapan (PH) awal-awal lagi mengeluarkan artikel merosakkan persepsi rakyat seolah-olah hanya kerajaan pusat yang membenarkan plaza tol berkenaan dibina padahal ia adalah hasil kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor. Begitu cepat projek yang bawa kepentingan kepada kerajaan negeri, Azmin luluskan. Lain pula halnya dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan manfaat rakyat seluruh negara serta industri perkapalan negara, AzminBaca Lagi


Yang Sampai 40 Ekor Kuda Ni Pasal Apa, Nak Jadi Koboi Ke?

MENARIK tentang Mahathir ialah, hampir apa semua benda mewah-mewah yang ada pada dia, mesti bukan hak milik dia.  Sama ada orang lain bagi begitu saja atau bagi pinjam.  Entah apa yang Mahathir takut sangat nak mengaku semua benda itu memang dia punya pun kita tak tau. Kudalah sebagai contoh.  Lepas mengaku memang dia punya tahun 2016, tahun ni dah kata kuda-kuda tu sebenarnya orang bagi pinjam pulak dah.  Jet peribadi pun begitu juga.  Untung jadi Mahathir ya, senang betul orang sana sini bagi pinjam atau bagi begitu saja benda mewahBaca Lagi


Tiada Lagi Tsunami Cina Pada PRU14

Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) yang bakal ‘menjengah’ tidak lama lagi, disifatkan kebanyakan penganalisis politik sebagai pilihan raya paling sengit dan getir yang pernah diadakan di negara ini. Hal ini pernah diakui sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan ia sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’ yang akan menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan Putrajaya. Tidak dapat lari, sokongan kaum Cina sekali lagi menjadi persoalan sama ada mereka terus mahu melakukan ‘tsunami Cina’ atau kembali kepada BN, khususnya kepada MCA serta GerakanBaca Lagi


Cawangan UMNO tidak terbubar – Tengku Adnan

Cawangan UMNO di seluruh negara tidak akan terbubar akibat penangguhan pemilihan parti kerana keputusan penangguhan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja ditularkan dengan tujuan untuk mengelirukan orang ramai serta memburukkan imej parti. “Majlis Tertinggi UMNO telahpun memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selewat-lewatnya sehingga 19 April 2019 dan keputusan ini mendapat kelulusan ROS. “Oleh itu, dakwaan sesetengah pihak bahawa cawangan UMNO di seluruh negara bakal luput adalah palsu dan tidakBaca Lagi


Ahmad Bashah Lebih Kenal Kedah Berbanding ‘Anak Manja’…

Hari ini merupakan hari keempat berlangsungnya Ekspo Muafakat Kedah yang bertempat di perkarangan stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah. Kebetulan penulis mempunyai urusan di negeri itu semalam, hari ini penulis sempat berkunjung ke situ sebelum kembali ke ibu negara petang tadi… Mempamerkan sebanyak 19 kluster di ekspo terbesar yang pernah berlangsung di negeri itu, penulis menelusuri satu persatu pameran kluster dalam keadaan sesantai mungkin. Meriahnya bukan main lagi. Dari warga emas hinggalah anak-anak kecil memenuhi kawasan ekspo berkenaan. Terlalu banyak yang dipamerkan di situ. Bermula daripada kluster pertama yang memaparkanBaca Lagi