Menu Utama

Tol: Dr. Mahathir nafi idea pakatan pro-DAP

Kenyataan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai keperluan kutipan tol lebuh raya seolah-olah ‘menafikan’ idea pakatan itu yang mahu memansuhkannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pertentangan pendekatan itu pastinya akan membawa konflik dalam gabungan tersebut yang akhirnya rakyat akan menderita.

“Hari ini, Dr. Mahathir melenyapkan idea asal pakatan itu untuk memansuhkan tol. Beliau sendiri menjelaskan keperluan kutipan tol dan turut memberitahu bahawa kadar tersebut adalah antara yang termurah di dunia.

“Perkara seperti ini dalam pakatan tersebut hanya akan membawa kepada konflik dalaman sehingga akhirnya, rakyat yang akan menderita. Berikutan itu, saya menggesa rakyat jangan terpedaya dengan janji-janji palsu pakatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, proses rasionalisasi kutipan tol telah diberhentikan.

Sebagai contoh, kata Abdul Rahman, Lebuhraya Utara Selatan diambil alih oleh Khazanah Nasional (Khazanah) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 2010 bertujuan mengimbangi mekanisme kutipan tol dan tidak lagi memihak kepada syarikat swasta yang dikontrakkan.

“Di bawah pemilikan penuh ini, perjanjian konsensi telah dibincangkan semula dan kesemua lebuh raya dibawah Plus Malaysia Berhad seperti Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Tuas Second Link tidak menyaksikan sebarang kenaikan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.

“Bukan itu sahaja, beberapa tol telah dimansuhkan dalam pengumuman Bajet 2018 seperti tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) dan Bukit Kayu Hitam,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE






2 Komen to Tol: Dr. Mahathir nafi idea pakatan pro-DAP

  1. Pemerhati says:

    kenyataan mahathir mempertahankan tol telah membuat macai percaya sekiranya ph membuat manifesto(PRU 14) kata akan tetap hapuskan tol(sekiranya dapat menawan Putrajaya), peratusan rakyat(statistik PRU12 & 13) akan bertambah memberi undi kepada ph pada PRU14 nanti

    burung pun tahu nak kata alangkah bangang rakyat yang masih nak percaya, hehehehe

Leave a Reply