Menu Utama

Terowong Tak Nampak, Duit Lesap Banyak, Ini Baru Betul “Rompak”

SETELAH Ketua Menterinya didakwa atas 2 pertuduhan rasuah, seorang Exconya ditahan SPRM,  kerajaan Pulau Pinang malu lagi apabila SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi negeri berkenaan dan syarikat berkaitan dengan projek terowong bawah tanah di negeri tersebut.  Dua individu bergelar Datuk katanya telah ditahan reman berhubung tuduhan tersebut.

Serbuan dan penahanan ini dibuat setelah pelbagai laporan dan pendedahan dibuat mengenainya sejak beberapa tahun lepas, tapi tidak ada tindakan sehinggalah semalam.

Ambil maklum, projek terowong itu tak berjalan pun lagi tapi duit dah banyak habis sebagai bayaran untuk feasible study dan sebagainya – bukan sikit tapi beratus juta.  Walaupun duit dah banyak habis tapi hasilnya tidaklah dapat dilihat sampai sekarang.  Jangan kata terowong itu, “kerja kertas” berkaitannya yang habis beratus juta tu pun sehelai tak nampak.

Ini menjadikan Pulau Pinang sejak ditadbir DAP sebagai negeri paling korup dalam Malaysia, dari atas sampai ke bawah.  Tidak ada negeri lain yang sekorup Pulau Pinang, melihat kepada jumlah pendakwaan dan penahanan membabitkan anggota pentadbiran negeri tersebut oleh SPRM.

Anehnya, walaupun dengan pelbagai skandal, penahanan dan pendakwaan dibawah Akta SPRM tapi tetap yang dituduh korup tidak herhenti ialah kerajaan BN.  Malah bapak korup Malaysia, Mahathir juga sudah diangkat sebagai Pengerusi Pakatann peembangkang, tapi gelaran korup masih terlekat kepada BN.  Tak tahu puak-puak ini buat pertimbangan macam mana.






Satu Komen to Terowong Tak Nampak, Duit Lesap Banyak, Ini Baru Betul “Rompak”

Leave a Reply