Menu Utama

Tak Sabar Nak Tengok ‘Top Dog’ Jatuh ‘Tergolekdog’…

Mungkin ramai ‘macai-macai’ parti ‘cap bunga’ yang kini sedang kembang-kempis hidungnya apabila ‘dewa maksum’ mereka dijangka bakal diumum sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan pada Ahad ini.

‘Top dog’ Pakatan Harapan itu pula dalam kenyataannya dilaporkan berkata dia tidak akan terus menjadi Perdana Menteri sampai usianya 100 tahun. Sekarang kira-kira 93 tahun, maksudnya dia mempunyai tempoh sepenggal untuk ‘naik takhta’ kembali.

Walau bagaimanapun, ia dikatakan terpulang pada keputusan Majlis Presiden gabungan pembangkang itu. Jika sepakat bersetuju, maka nama ‘dewa’ itu akan diumumkan seperti yang dijangka. Namun jika tidak sepakat, maka ‘melepaslah’ peluangnya untuk bergelar ‘diktator part II’.

Mungkin mereka fikir BN, khususnya UMNO ‘takut’ bila nama ‘top dog’ mereka itu dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Mungkin mereka fikir, rakyat akan menyebelahi mereka pada PRU ke-14 nanti. Tapi, itu hanya ‘jangkaan’ sahaja, bukan?

Bila disebut jangkaan, maka sudah tentulah ada kebarangkaliannya. Jangkaan puak Pakatan Harapan itu hanya dari sudut positif sahaja. Bagaimana jika kebarangkaliannya cenderung ke arah negatif atau lebih buruk dari jangkaan negatif?

Terus terang, penulis menyambut baik jika nama ‘top dog’ itu diumum sebagai calon mereka pada Ahad ini. Jika boleh, penulis hendak mereka umum hari ini juga tentang perkhabaran baik itu. Lebih cepat diumum, lebih bagus.

Bukan apa. Senang sikit hendak ‘buat kira’. Kita bukan tidak kenal dengan ‘top dog’ itu. Dari sewangi-wangi jasanya, hinggalah sebusuk-busuk bangkai dan najis yang dia onarkan dulu. Bermacam-macam ‘peluru’ boleh dipilih…

Apatah lagi kini dia buat pusingan 360 darjah dan menjilat segala ‘kahak hijau’ yang dia ludahkan dulu. Bersekongkol pula dengan petualang bangsa yang dia katakan peliwat, penzina yang tidak bermoral dulu. Memang ‘kena’ sangat tika dan saatnya.

Dia juga akan ‘diapit’ oleh ‘chauvinis ultra kiasu’ yang dia tegaskan berkali-kali sebagai rasis. Dia fikir bangsa Melayu dan umat Islam di sini tidak kenal dengan sekutu rapatnya itu? Dia fikir rakyat menghidap ‘alzhiemer’ seperti dirinya?

Penulis tidak nafi, dia punya pengalaman yang luas. Namun bila diteliti kedudukannya kini di dalam pembangkang, jangan terkejut jika dia bakal jadi ‘boneka paling tua dalam sejarah dunia’. Bukanlah penulis bemaksud untuk menghina, namun dia yang meletakkan diri pada kedudukan paling hina.

Dia fikir orang di penjara Sungai Buloh itu suka? Dia fikir sekutu rasisnya itu tersenyum, maka dia ikhlas menyokong? Dia fikir dia seorang saja yang licik berpolitik di negara ini? Dia tidak sedar tentang ‘mulut naga’ yang sedang menanti saat untuk ‘membaham’nya?

Mungkin dia fikir, bila sudah kembali bergelar sebagai Perdana Menteri maka sahabat-sahabat sekutunya itu akan ‘sujud’ padanya. Mungkin dia fikir ketika itu masa depan survival politik anaknya akan terjamin. Dia fikir anaknya akan jadi Perdana Menteri nanti?

Pada pandangan penulis, mereka yang kini disangka ‘adik beradik’ itu hanya sengih saja melihat keletahnya. Bila tiba masa yang sesuai, tahulah bagaimana mereka hendak ajar ‘top dog’ itu untuk berada di bawah ‘tapak kaki’ mereka. Hanya tunggu masa saja…

Anaknya? Jika ‘top dog’ pun mereka mampu jadikan ‘pekakas’, bayangkan pula apa yang akan terjadi kepada anak manjanya itu. Dia mahu mengamuk? Apa dia fikir, puak-puak itu kisah sangat dengan dia? Dia masih ‘kanyaq’ mungkin, dia tidak kenal ‘penangan’ dari ‘pemimpin anugerah Tuhan’…

Itu pun kalau Pakatan Harapan boleh menanglah, kan? Boleh menang? Berapa peratus kemungkinannya? Dia fikir majoriti rakyat ‘buta’, ‘pekak’ dan ‘bisu’? Dia fikir rakyat tidak punya akal untuk serahkan Malaysia kepada DAP dan Pakatan Harapan?

Apakah dia fikir PAS akan duduk diam? Dia fikir dia boleh ukir sejarah untuk jadi Perdana Menteri kali kedua dan PAS akan bertepuk tangan? Dia fikir kekuatan ‘cap bunga’ lebih besar pengaruhnya dari PAS? Sedarlah diri, baru setahun jagung sudah hendak tunjuk lagak?

‘Cap bunga’ pasti mensasarkan kawasan majoriti Melayu. Jika bertanding di situ, maka dijangka akan berlaku pertandingan 3 penjuru dan mungkin lebih. Dia fikir dengan kekuatan 100-200 orang dalam satu bahagian maka dia boleh menang? Dengan PAS pun silap-silap mereka kalah teruk nanti…

Untuk ‘selamat’ dan menang, penulis jangka ‘top dog’ dan anaknya akan bertanding di kerusi bukan majoriti Melayu. Itu pun peluangnya 50-50 sahaja. Jika tidak kena gaya, boleh ‘bungkus’ kalah teruk. Mungkin dia tidak sedar ‘bacaan’ bukan Melayu kini kembali kepada BN?

Jika ‘cap bunga’ menang kerusi Parlimen sekali pun, penulis jangka paling banyak adalah 3 kerusi sahaja. Jika Pakatan Harapan membentuk majoriti dan dia naik jadi Perdana Menteri, kuasa apa yang ada pada 3 kerusi? Agaknya apa yang DAP dan PKR akan lakukan padanya?

Maka kerana itu, penulis alu-alukan sangat dia diumum jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Bak doa arwah Dato’ Fadzil Noor, dia akan ‘rasa’ segalanya akibat daripada apa yang pernah dia lakukan dulu. Dia fikir cukup dengan minta maaf? Jangan mimpilah…






Leave a Reply