Menu Utama

Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir

Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot.

Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semua meleset dan menjadi mengarut, boleh pula pembangkang cakap kedudukan ringgit yang semakin kukuh adalah kerena pencalonan Mahathir sebagai PM.

Pembangkang kata pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah punca ringgit mencecah RM3.96 berbanding AS$1 Dolar Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan ini yang dibuat “blogger di luar kotak” ini adalah ke laut sama sekali. Hakikatnya, Mahathir dan pembangkang lah yang jadi punca nilai ringgit menyusut sejak dua tahun lepas.

Mereka yang memburukkan ekonomi negara dengan membuat kenyataan negatif tentang apa sahaja pelaburan yang masuk ke Malaysia. Membuat kenyataan negatif memburukkan pemimpin negara menggunakan media media asing.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Disember 2017, Mata wang ringgit mengukuh 10.1 peratus sepanjang tahun 2017 dan ia diniagakan antara RM4.05 hingga RM4.09 berbanding Dolar AS pada Disember hasil langkah pemulihan dilaksanakan BNM dan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) sejak Disember 2016.

Blogger Outsyedthebox, menyatakan bahawa pencalonan Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu yang menyebabkan nilai ringgit bertambah baik, saham di Bursa Kuala Lumpur melonjak dan aspek pertumbuhan ekonomi negara bertambah elok.

Nilai mata wang negara bukan baru mula mengukuh selepas pencalonan Mahathir, sebaliknya sudah mula pulih sejak kira-kira bulan Jun tahun lepas. Awal Januari 2017, nilai RM pernah jatuh ke paras RM4.50 berbanding AS$1 Dolar AS.

Hasil dari langkah yang diperkenalkan BNM nilai mata wang berjaya distabilkan. Antaranya ialah pengeksport hanya boleh memegang 25 peratus daripada jumlah hasil eksport dalam bentuk mata wang asing serta menggalakkan kegiatan lindung nilai dalam pasaran tempatan.

Hasilnya dana asing mula dilihat memasuki pasaran tempatan. Kemasukan dana asing bagi pasaran saham sudah pun mencatatkan RM10.5 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mei 2017.

Malah selepas Perhimpunan Agung UMNO 2017, ringgit sudah mula menunjukkan pengukuhan. Baca tulisan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1701221343231669&id=697192853634528

Pada 8 April 2017, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memecah-belahkan hubungan rakyat dan turut membuat pelbagai tuduhan dan penipuan seperti melabelkan negara jadi bankrap.

“Kalau bankrap tak adalah negara lain akan datang melawat kita, tak ada institusi mengiktiraf Malaysia sebagai negara nombor satu untuk pelaburan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Ekspresi Negaraku’ peringkat negeri di Sungai Petani pada April tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri beberapa hari selepas itu pada 26 April 2016, berasa amat kesan dengan tindakan segelintir pihak yang meracuni, menghasut dan mempengaruhi fikiran rakyat dengan cara memburukkan negara serta cuba menjatuhkan pemimpin secara tidak demokratik.

Beliau berkata apa yang dinikmati negara hari ini adalah hasil perjuangan dan kegigihan kerajaan sejak berdekad-dekad lepas hinggalah ke era Dasar Transformasi Nasional.

“Berkaitan perkara ini juga, terlebih kita berasa sedih dan sayang seribu kali sayang, yang turut terheret dalam kancah ini, adalah bekas-bekas para pemimpin dan negarawan.

“Tidak cukup dengan itu, hingga mereka sanggup memperlekeh negara sendiri dan meminta campur tangan kuasa asing. Sedangkan satu masa ketika dahulu, orang itulah yang menyebut biar Malaysia ini ditentukan rupa dan bentuknya dengan acuan kita sendiri,” kata Najib ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015.

Apa Mahathir kisah pasal ekonomi Malaysia? Pada 9 Mei 2017, dalam program The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman, Mahathir yang burukkan Malaysia dengan dengan menyatakan Malaysia bukan destinasi pelancongan yang menarik.

Selepas kata begitu, sekarang Mahathir pula hendak jadi hero dengan mengaku bahawa nilai ringgit mengukuh dek kerana pencalonannya. Betapa mudah pembangkang menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam membangunkan ekonomi negara.

Pembangkang yang burukkan ekonomi negara, apabila ekonomi pulih, pembangkang pula yang hendak kata kerana mereka ekonomi pulih dan matawang negara kembali meningkat nilainya. Ini semua propaganda basi dan murahan. Rakyat tidak akan jadi terlalu bodoh untuk percaya dakyah ini.

Hasil pentadbiran Najib dan kerajaan, Ringgit Malaysia sudah jadi antara mata wang terbaik di serantau ini dan kini ia menunjukkan pengukuhan yang kuat. Mahathir dan kawan-kawan hanya tahu berebut jawatan sahaja. Ekonomi negara Najib yang jaga bukan geng geng pembangkang yang gila kuasa.

Tulisan :
Beruang Biru
BB738, Isnin
15 Januari 2018






Satu Komen to Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir

Leave a Reply